Page 16 - SK tingkatan 5
P. 16

AKTIVITI 2              Aktiviti Tidak Beretika
                                           Kerja Individu

                    1  Dapatkan maklumat tentang cara untuk mengenal pasti e-mel jenis phishing. Bagaimanakah anda
                      dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa?
                    2  Pada pandangan anda, apakah peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
                      dan CyberSecurity Malaysia (CSM)?


                                          1.1.3  Keperluan Keselamatan Data

                         Malaysiaku!             dalam Rangkaian Komputer
                                                 dan Langkah Keselamatan
                 Suruhanjaya
                 Komunikasi dan
                 Multimedia Malaysia     Isu keselamatan data dalam rangkaian komputer perlu diberi perhatian
                 (SKMM) ditubuhkan       kerana kelemahan ini memudahkan penjenayah siber untuk membuat
                 pada tahun 1998         pintasan terhadap rangkaian komputer dan mencuri maklumat peribadi
                 bagi mengawal selia
                 peraturan industri      yang berharga. Menghantar e-mel dan melakukan proses transaksi
                 berdasarkan kuasa       kewangan dalam talian ialah contoh aktiviti yang dilakukan melalui
                 yang termaktub dalam    rangkaian komputer. Proses menghantar dan mengakses data dalam
                 Akta Suruhanjaya        rangkaian komputer perlu melalui beberapa kaedah keselamatan.
                 Komunikasi dan
                 Multimedia Malaysia       Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan data boleh dilakukan
                 (1998) dan Akta         seperti yang berikut:
                 Komunikasi dan
                 Multimedia (1998).
                                           Penyulitan e-mel  (Encrypted email)      Merupakan proses
                                           penyulitan maklumat yang akan dihantar melalui e-mel. Biasanya,
                                           proses ini melibatkan maklumat yang sensitif atau peribadi.
                                           Terdapat  beberapa  cara  untuk  menghantar  e-mel  ini.  Contohnya,
                                           melalui  SafeGmail dari  Google Chrome yang membolehkan anda
                                           menghantar e-mel yang disulitkan kepada sesiapa sahaja.  RMail,
                                           infoencrypt, Hushmail, iSafeguard, safe-mail.net dan banyak lagi
                                           pautan laman web menyediakan penyelesaian bagi penghantaran
                                           e-mel secara selamat.



                                           Dua pengesahan  (Double verification)    Merupakan lapisan
                                           pengesahan tambahan yang perlu ditentukan oleh pengguna apabila
                                           ingin memasuki akaun atau mengakses data dalam talian. Dengan
                                           adanya dua lapisan tersebut, langkah pengesahan untuk mengakses
                                           data menjadi lebih sukar. Jika penggodam mampu menggodam
                  Stronger Security For
                  Your Google Account      lapisan pertama, iaitu kata laluan (password), dia tetap memerlukan
                  goo.gl/qNftBz            nombor kunci keselamatan, seterusnya untuk memasuki akaun
                                           anda.  Semakin  banyak  lapisan  pengesahan,  semakin  sukar  data
                                           dapat diceroboh.



                  8    Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21