Page 14 - SK tingkatan 5
P. 14

4  Internet ialah  “lebuh raya maklumat” kerana Internet membolehkan
                                           orang ramai mencari, berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan
                                           cepat dan mudah. Pengaksesan dan pengagihan salinan bahan digital
                                           secara haram terhadap buku yang dilindungi hak cipta digital, filem,
                                           muzik, karya seni, perisian, dan kandungan lain oleh penjenayah
                                           siber merupakan satu bentuk pelanggaran hak cipta, biasanya dirujuk
                                           sebagai “cetak rompak”.



                 Tahukah
                     Anda                  AKTIVITI 1             Kerja Kumpulan
                                                                  Jenayah Siber
                 Terdapat tujuh
                 komponen penting         Pilih jenayah siber mengikut perspektif yang telah anda pelajari. Terangkan
                 bagi etika dalam         jenayah siber tersebut mengikut perspektif yang dipilih dan cara berlakunya
                 pengkomputeran,          jenayah siber tersebut. Cadangkan langkah-langkah untuk mencegah
                 iaitu:                   berlakunya serangan tersebut. Sekiranya anda seorang mangsa, cadangkan
                 ✓  Kejujuran             tindakan yang perlu anda lakukan. Berbincanglah bersama-sama rakan
                 ✓  Hormat                kumpulan anda dan bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas, sama
                 ✓  Keyakinan             ada menggunakan papan tulis atau melalui lakonan.
                 ✓  Profesional
                 ✓  Tanggungjawab
                 ✓  Komunikasi
                 ✓  Patuh kepada
                   undang-undang
                                          1.1.2  Etika dalam Pengkomputeran


                                         Etika dalam pengkomputeran merujuk standard panduan bagi mengawal
                                         perlakuan pengguna komputer supaya lebih bermoral. Jadual 1.1.1
                                         menunjukkan panduan bagi membantu pengguna untuk menentukan
                          Aplikasi       sama ada tindakan berikut beretika ataupun tidak.
                          Harian
                 Anda boleh melayari       Panduan ini telah dicadangkan oleh Institut Etika Komputer (Computer
                 goo.gl/c7n8fb untuk     Ethics Institute) sebagai rujukan untuk semua pengguna komputer.
                 mengetahui cara untuk
                 mengenal pasti e-mel      Walaupun kod etika disediakan sebagai panduan kepada pengguna
                 phishing.               komputer, masih terdapat perlakuan yang tidak beretika.  Yang berikut
                                         ialah contoh aktiviti yang tidak beretika dalam pengkomputeran:



                                          Jadual 1.1.1  Panduan etika untuk pengguna komputer

                   Bil          Etika               Contoh aktiviti yang tidak beretika dalam pengkomputeran
                   1    Dilarang menggunakan   Menggunakan komputer untuk mencipta perisian virus dan menyebarkan virus
                        komputer dengan niat   dengan niat untuk merosakkan atau memanipulasikan data atau fail pengguna lain.
                        untuk membahayakan
                        orang lain




                  6    Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19