Page 17 - SK tingkatan 5
P. 17
Rajah 1.1.3 menunjukkan kaedah dua pengesahan untuk menguatkan ciri-ciri keselamatan.
Nombor
kunci + Kata Akaun
keselamatan laluan
lain
Rajah 1.1.3 Kaedah dua lapisan pengesahan
Kata laluan (Password) Merupakan lapisan pengesahan Uji Minda
keselamatan yang utama untuk memasuki akaun pengguna. Dengan
hanya satu lapisan keselamatan, iaitu kata laluan, keadaan ini akan Mengapakah kecurian
memudahkan penceroboh memasuki akaun pengguna. maklumat pengguna
boleh berlaku apabila
Bagi menghalang data diceroboh, pemilihan kata laluan amatlah pengguna melayari
penting. Pengguna mesti mengelakkan pembinaan kata laluan Internet dengan
menggunakan Wi-Fi di
berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir atau tempat awam?
sebarang data yang berkaitan dengan maklumat peribadi pengguna.
Kata laluan yang baik dibina daripada gabungan huruf, simbol dan
nombor, iaitu antara 8 hingga 12 aksara. Kebarangkalian gabungan
aksara ini akan menyukarkan penggodam untuk menekanya. Contoh
kata laluan:
• W#uy4266
• RZ678906 The Importance of
Password Security
Sebagai murid pada abad ke-21, anda hendaklah lebih peka goo.gl/z0apWg
tentang jenis ancaman yang ada pada masa ini dan mempelajari
langkah-langkah yang perlu diambil bagi melindungi hak data
peribadi supaya dapat menikmati pengalaman melayari Internet
yang baik dan selamat.
AKTIVITI 3 Kerja Individu
Keperluan Keselamatan Data
Dalam proses pengesahan (verification), selain penggunaan nombor pin atau
kata laluan, kaedah biometrik merupakan cara yang bagus jika digunakan
sebagai salah satu lapisan pengesahan.
1 Berikan satu contoh kaedah biometrik yang boleh digunakan sebagai
pengesahan.
2 Nyatakan cara peranti biometrik ini boleh digunakan.
PB BAB 1 Pengkomputeran 9

