Page 205 - SK tingkatan 5
P. 205
CONTOH 33
Contoh 33 menunjukkan penggunaan math.sqrt() dan math.pow() daripada fail math.js yang dimuat
turun. Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan pada Jadual 3.1.31.
Jadual 3.1.31 Contoh atur cara JavaScript (math.js daripada sumber muat turun)
Atur cara Contoh Output
<html>
<head>
<script src="math.js"> 1
</script>
</head>
<body>
<script>
document.write("Punca kuasa dua bagi
4 ialah ", math.sqrt(4)); 2
document.write("<br>3 kuasa 2 ialah ",
math.pow(3, 2)); 3
</script>
</body>
</html>
Penerangan:
1 Pada <head> tetapkan sumber standard library yang dirujuk, iaitu math.js.
2 Sekarang, fungsi-fungsi dalam math.js boleh digunakan. Contoh: math.sqrt(4). math.sqrt(4)
akan mengira punca kuasa dua bagi 4 dan memaparkan hasilnya.
3 math.pow(3,2) pula akan melaksanakan operasi 3 kuasa 2 dan memaparkan hasilnya.
Pelayar (Browser)
Pelayar (browser) ialah satu program yang mempunyai antara muka
bergrafik yang memaparkan fail-fail HTML dan digunakan untuk navigasi
WWW (World Wide Web).
math.js juga boleh dimuatkan sebagai fail JavaScript biasa dalam
pelayar (browser). Cara-caranya ialah:
1 Dapatkan sumber pautan bagi kandungan math.js. Contoh 34
menunjukkan http://cdnjs.cloudflare.com/ajax/libs/mathjs/3.7.0/math.
min.js ialah pautannya.
2 Gunakan fungsi-fungsi tertakrif di dalam math.js. Sila rujuk math
js.org/docs/reference/functions.html untuk fungsi lain-lain dalam
math.js.
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 197

