Page 240 - SK tingkatan 5
P. 240
Hasil pelaksanaan laman web ini ialah satu fail teks yang bernama "LogMasuk.txt" akan terhasil
dan apabila kita membuka fail tersebut dengan menggunakan perisian Notepad, kita akan mendapati
isi kandungan fail tersebut tercatat nama pengguna berserta tarikh dan masa ketika laman web ini
dilawati. Contoh fail teks LogMasuk.txt ditunjukkan dalam Rajah 3.2.7.
Fungsi date digunakan bagi mengubah format nilai tarikh yang diperolehi dari panggilan fungsi
time() dimana:
d : memberikan nilai hari bagi bulan tertentu dari 01 hingga 31
m : memberikan nilai nombor bulan tertentu dari 01 hingga 12
Y : memberikan nilai tahun tertentu sebanyak 4 digit
h : memberikan nilai masa dalam jam dari 01 hingga 12
i : memberikan nilai masa dalam minit dari 1 hingga 59
a : memberikan nilai masa dalam huruf kecil sama ada 'am' atau 'pm'
Format lain yang boleh digunakan seperti date('D/M/Y H:i:S A', time())
Rajah 3.2.7 Contoh fail teks "LogMasuk.txt"
AKTIVITI 3 Kerja Kumpulan
Menghasilkan Fail Teks dan Menyimpan Data
Objektif: Menghasilkan fail teks dan menyimpan data ke dalam fail teks
Anda dan rakan anda merupakan pengawas sekolah. Pada setiap hari Isnin dan Rabu anda ditugaskan
untuk menulis nama murid yang datang lewat ke sekolah. Nama di bawah merupakan murid yang datang
lewat pada hari Isnin dan Rabu.
Isnin Rabu
Raja Kumutha
Nadia Jason
Fadzliana Hartini
Embong Rukumani
Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah cara untuk anda merekodkan nama murid yang datang
lewat ke sekolah dengan menghasilkan fail teks? Melalui data yang disimpan, bolehkah anda mengenal
pasti nama murid yang paling kerap datang lewat ke sekolah pada setiap bulan?
232 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

