Page 238 - SK tingkatan 5
P. 238

AKTIVITI 2              Kerja Individu
                                                                   Penghasilan Fail Teks (.txt) untuk Penyimpanan
                                                                   Data
                                          Objektif:  Menghasilkan satu fail teks dan menyimpan data ke dalam
                                                   fail tersebut.
                 Tahukah
                     Anda                 Katakan anda ingin merekodkan nama pengguna yang telah mengunjungi
                                          laman web sekolah anda. Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan ialah:
                 Penyataan if             1  Tulis atur cara HTML mudah bagi menghasilkan satu dokuman HTML
                 diperlukan supaya           (laman web) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.2.5.
                 sekiranya pengguna
                 menekan butang           2  Pastikan terdapat satu medan input untuk pengguna memasukkan
                 "Masuk", atur cara          nama mereka semasa melayari laman web. Pengguna juga perlu
                 akan melaksanakan           diminta untuk memasukkan nama mereka.
                 pernyataan seperti       3  Pastikan juga terdapat satu butang "Masuk" yang akan mengambil
                 membuka fail,
                 menulis teks sebagai        nama dalam medan input dan menyimpan nama tersebut ke dalam fail
                 kandungan fail teks         teks dalam komputer pelayan. Nama pengguna perlu disimpan dalam
                 dan seterusnya              pelayan untuk tujuan semakan pada masa akan datang.
                 menutup fail teks        4  Setelah butang ditekan, nama pengguna hendaklah disimpan dalam
                 tersebut. Teks yang         satu fail teks.
                 ditulis dalam fail teks
                 tersebut diwakili           Nota: Berdasarkan nama-nama yang tersimpan dalam fail teks tersebut,
                 dengan pemboleh             kita juga dapat mengetahui bilangan pengguna yang telah mengunjungi
                 ubah seperti ‘$nama’,       laman web tersebut.
                 ‘$tarikh’ dan ‘$log’.
                                          5  Semak fail teks tersebut dengan membukanya semula dan memastikan
                                             nama-nama pengunjung laman web sekolah anda telah berada dalam
                                             fail tersebut.














                                                      Rajah 3.2.5  Contoh laman web yang akan dihasilkan



                   Dalam laman web yang ditunjukkan pada Rajah 3.2.5, kita akan menggunakan objek borang (form).
                 Objek borang merupakan objek yang penting dalam laman web kerana kita memerlukan elemen seperti
                 kotak teks (textbox) untuk kemasukan data nama murid serta elemen butang (button) untuk tindakan
                 yang akan dilakukan setelah maklumat dimasukkan. Dalam hal ini, setelah butang "Masuk" diklik,
                 pengguna akan dihalakan ke dalam objek borang (form) yang sama. Perkara ini boleh kita kenal pasti
                 pada pernyataan <form method='POST'> yang atribut "action" tidak dinyatakan dalam
                 pernyataan tersebut. Rajah 3.2.6 menunjukkan atur cara HTML menggunakan objek borang.




                 230   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243