Page 237 - SK tingkatan 5
P. 237

CONTOH         2


                  Contoh 2 menerangkan penggunaan fungsi fopen serta fungsi fwrite dalam atur cara bagi laman web
                  SimpanTeks.php.




                              <?php
                                    // untuk membuka fail teks dengan menggunakan mod w
                                    $f = fopen("LogMasuk.txt", "w"); 1

                                    fwrite($f, "Selamat Datang"); 2

                                    // menutup fail setelah digunakan
                                    fclose($f); 3

                              ?>


                                           Rajah 3.2.3  Atur cara bagi laman web SimpanTeks. php


                  Penerangan:
                  Pernyataan $f = fopen("LogMasuk.txt", "w"); pada  1  adalah untuk membuka fail teks yang
                  bernama "LogMasuk.txt". Hasil pelaksanaan pernyataan ini ialah fail tersebut akan dicipta dalam folder yang
                  berada dalam komputer pelayan, dan dirujuk dengan pemboleh ubah penunjuk "$f". Pada ketika ini, isi
                  kandungan fail tersebut masih kosong.
                     Pernyataan fwrite($f, "Selamat Datang"); pada  2  seterusnya akan menulis/mencatatkan
                  perkataan "Selamat Datang" dalam fail tersebut.
                     Sekiranya tiada lagi teks yang hendak ditulis ke dalam fail teks tersebut, maka pada akhir pernyataan
                  mestilah mempunyai pernyataan yang akan menutup fail tersebut. Seperti dalam Rajah 3.2.3 pada  3 , kita
                  menggunakan pernyataan fclose($f);
                     Apabila kita menyemak isi kandungan fail teks "LogMasuk.txt" dengan membukanya melalui perisian
                  Notepad, maka kandungannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam contoh output dalam Rajah 3.2.4.




















                                              Rajah 3.2.4  Paparan output fail LogMasuk.txt



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 229
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242