Page 340 - SK tingkatan 5
P. 340
Output:
Setelah butang “Pengesahan Nama” ditekan tanpa memasukkan sebarang data dalam medan teks “Nama
Anda:”, yang berikut ialah tindak balas atur cara:
Rajah 3.3.72 Contoh HTML, JavaScript dan Output (pengesahan data)
Penerangan:
1 Satu Medan teks disediakan supaya pengguna boleh memasukkan nama.
2 Butang onclick bagi "Pengesahan Nama" disediakan.
3 Jika nama tidak dimasukkan dan butang diklik, subatur cara semakData ( ) dipanggil.
4 Nilai nama pada medan teks "Nama Anda:" akan dibaca dan disemak dengan menggunakan
pernyataan if.
5 Jika medan teks kosong, iaitu tiada nama dimasukkan, kotak popup alert berserta mesej "Sila masukkan
nama anda" akan dipaparkan sebagai peringatan kepada pengguna untuk memasukkan nama.
CONTOH 30
Contoh 30 menunjukkan atur cara yang akan menyemak sama ada data di dalam medan teks adalah
suatu nombor atau bukan nombor. Sekiranya pengguna memasukkan data bukan nombor, suatu mesej
akan dipaparkan dengan menggunakan fungsi window.alert(). Atur cara HTML, JavaScript dan output
ditunjukkan dalam Rajah 3.3.73.
<html>
<body>
Nombor Giliran:
<input id="n2"> 1 2
<button type="button" onclick="semakNombor()">Pengesahan Nombor Giliran
</button>
<script>
function semakNombor() 3
{
var teksnombor;
teksnombor = document.getElementById("n2").value;
if (isNaN(teksnombor)) 4
{
window.alert("Nilai yang dimasukkan adalah bukan nombor. Sila 5
masukkan nombor.");
}
}
</script>
</body>
</html>
332 Sains Komputer Tingkatan 5

