Page 341 - SK tingkatan 5
P. 341

Output:
                  Teks sahaja                                   Gabungan teks dan nombor













                  Nombor sahaja






                              Rajah 3.3.73  Contoh HTML, JavaScript dan Output (pengesahan nombor atau bukan nombor)

                  Penerangan:
                   1 Satu medan teks disediakan supaya pengguna boleh memasukkan nombor giliran.

                   2 Butang onclick bagi “Pengesahan Nombor Giliran” disediakan.

                   3 Setelah nombor giliran dimasukkan dan butang diklik, subatur cara semakNombor( ) dinyatakan.

                   4 Nilai nombor giliran pada medan teks dibaca dan disemak dengan menggunakan pernyataan if.

                   5 Jika nilai nombor giliran bukan nombor (semakan menggunakan fungsi isNaN), kotak popup alert

                      berserta mesej “Nilai yang dimasukkan adalah bukan nombor. Sila masukkan nombor.” akan dipaparkan.
                      Sebaliknya jika nilai nombor giliran ialah nombor, tiada arahan lain dilaksanakan.





                  Membina Laman Web Pengguna yang Interaktif yang
                  mengandungi Fitur Butang Pilihan

                  Dalam suatu laman web, pengguna boleh juga berinteraksi dengan membuat pilihan yang telah
                  disediakan dalam laman web tersebut. Oleh sebab itu, untuk membangunkan suatu laman web,
                  terdapat pelbagai kaedah bagi menghasilkan butang pilihan yang disediakan oleh suatu laman web.
                  Antara butang pilihan yang disediakan adalah seperti butang radio dan butang checkbox.
                  •  Butang radio

                    Butang radio akan menyediakan lebih daripada satu pilihan dan pengguna perlu memilih salah satu
                     sahaja pilihan tersebut.

                       Butang radio boleh dihasilkan dalam  “<form>” dan butang radio ialah sejenis input dalam
                     “form” (input type ="radio"). Nama setiap butang radio boleh diberikan, iaitu dengan
                     format name:“nama_butang_radio”. Jika nama pada atribut name adalah sama, maka
                     kedua-dua butang radio adalah dalam kumpulan yang sama. Hanya salah satu butang yang boleh
                     dipilih pada satu masa. id pula merupakan nama unik yang diberikan kepada setiap butang radio


                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 333
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346