Page 342 - SK tingkatan 5
P. 342

sebagai pengenalan diri dan boleh dipanggil dalam atur cara penskripan untuk tujuan capaian atau
                   semakan.

                     Contoh  31  menunjukkan  bagaimana  penghasilan  butang  radio  dalam  HTML  dan  tindak  balas
                   terhadap pilihan pada butang radio yang dilaksanakan oleh JavaScript, iaitu pada peringkat bahasa
                   penskripan klien.



                  CONTOH       31

                 Contoh 31 menunjukkan atur cara yang membuat pengesahan terhadap pilihan daripada butang radio.
                 Terdapat dua butang radio, iaitu “SEPENUH MASA” dan ‘SEPARUH MASA”. Apabila butang radio diklik, atur
                 cara memberikan nilai true, iaitu butang tersebut dipilih dan menjadi input kepada atur cara. Terdapat satu
                 butang “Pengesahan Mod Pengajian” yang akan memanggil prosedur semakMod( ) untuk dilaksanakan
                 dan menyemak butang radio yang dipilih. Mesej “Mod Pengajian: SEPENUH MASA” akan dipaparkan jika
                 butang radio pertama dipilih, dan mesej “Mod Pengajian: SEPARUH MASA” akan dipaparkan jika butang
                 radio kedua dipilih. Atur cara HTML, JavaScript dan output ditunjukkan pada Rajah 3.3.74.

                                                               Jika nama pada atribut  name adalah sama,
                  <html>                                       maka kedua-dua butang radio adalah dalam
                    <body>                                     kumpulan yang sama. Hanya salah satu butang
                      <b>MOD PENGAJIAN</b>                     yang boleh dipilih pada satu masa.
                      <form action="">
                          <input type="radio" name="mod" id="sepenuh">Sepenuh Masa         1
                          <input type="radio" name="mod" id="separuh">Separuh Masa
                     <p>
                      <button type="button" onclick="semakMod()">Pengesahan Mod Pengajian  2
                     </button>
                     </p>
                      </form>
                     <script>
                          function semakMod() 3
                          {
                             if (document.getElementById('sepenuh').checked == true)      4
                             {                                                                  5
                                 window.alert("Mod Pengajian: SEPENUH MASA");
                             }
                             else
                             {
                                 if (document.getElementById('separuh').checked == true)
                                 {                                                                6
                                       window.alert("Mod Pengajian: SEPARUH MASA");
                                 }
                             }
                             document.getElementById('sepenuh').checked=false;
                             document.getElementById('separuh').checked=false;
                          }
                      </script>
                    </body>
                  </html>




                 334   Sains Komputer Tingkatan 5
   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347