Page 343 - SK tingkatan 5
P. 343
Output:
Pilihan 1
Pilihan 2
Rajah 3.3.74 Contoh HTML, JavaScript dan Output (Butang Radio)
Penerangan:
1 Dua butang radio bagi mod Pengajian dipaparkan, iaitu "sepenuh masa" dan "separuh masa".
2 Butang onclick bagi "Pengesahan Mod Pengajian" disediakan.
3 Apabila butang "Pengesahan Mod Pengajian" diklik, subatur cara semakMod() dipanggil.
4 Pilihan butang radio mod pengajian disemak dengan menggunakan pernyataan if.
5 Jika pengguna memilih butang radio id="sepenuh", kotak pop up alert berserta mesej "Mod Pengajian:
SEPENUH MASA" akan dipaparkan sebagai peringatan.
6 Sebaliknya, jika pengguna memilih butang radio id="separuh", kotak pop up alert berserta mesej
"Mod Pengajian: SEPARUH MASA" akan dipaparkan sebagai peringatan.
• Butang checkbox
Butang checkbox pula akan menyediakan beberapa pilihan dan pengguna boleh memilih lebih
daripada satu pilihan.
Butang checkbox boleh dihasilkan dalam “<form>” dan butang checkbox juga merupakan
sejenis input dalam form (input type="checkbox"). Jika nama pada atribut name
adalah sama, maka kedua-dua butang checkbox adalah dalam kumpulan yang sama. Tidak seperti
butang radio, lebih daripada satu butang boleh dipilih pada satu masa bagi butang checkbox. id
pula merupakan nama unik yang diberikan kepada setiap butang checkbox sebagai pengenalan diri
dan boleh dipanggil dalam atur cara penskripan untuk tujuan capaian atau semakan.
Contoh di bawah menunjukkan bagaimana penghasilan butang checkbox dalam HTML dan tindak
balas terhadap pilihan pada butang checkbox yang dilaksanakan oleh JavaScript, iaitu pada
peringkat bahasa penskripan klien.
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 335

