Page 57 - SK tingkatan 5
P. 57
Pemboleh ubah yang mewakili input bagi litar logik ini ialah A dan B.
Langkah-langkah yang berikut perlu dilakukan bagi menentukan bentuk
output pada setiap keluaran pada P, Q dan akhir sekali output kepada
litar, iaitu F.
Murid perlu membahagikan litar kepada tiga bahagian berdasarkan
get logik yang terlibat.
Bahagian 1: Melibatkan get logik TAK. Input bagi get ini hanya satu, iaitu
–
B. Output yang dihasilkan oleh get TAK pada P ialah B.
Bahagian 2: A dan P merupakan input bagi get DAN, Get ini
menghasilkan output, iaitu Q = A DAN P atau ditulis sebagai
–
Q = A.P, gantikan P dengan B, iaitu hasil dari bahagian
–
1 Q = A. B, juga boleh disebut A darab B bar.
Bahagian 3: Q dan A merupakan input kepada get ATAU. Get ini akan
menghasilkan output, iaitu F = Q + A, dibaca Q ATAU A,
–
Q diganti dengan hasil dari bahagian 2 F = A. B + A.
Ungkapan Boolean bagi litar logik di atas boleh ditulis
seperti berikut:
–
F = A. B + A
Kerja Individu
AKTIVITI 4 Get Logik
Rajah di bawah menunjukkan satu litar logik, iaitu gabungan dengan dua input, iaitu A dan B.
Get 2
A
Get 4
Get 1 F
B
Get 3
Tunjukkan cara mendapatkan ungkapan di setiap get yang dilalui. Tulis ungkapan Boolean di F, yang
merupakan hasil akhir litar logik di atas.
PB BAB 1 Pengkomputeran 49

