Page 42 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 42

Cerpen



                                     PERSAHABATAN YANG ERAT


                                          Vishan A/L Parameseven


           Pada awal tahun 2022,Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan
           lewat  tahun  2021,  ketika  itu  aku  masih  lagi  belajar  di  SEKOLAH  MENENGAH
           KEBANGSAAN  TAN  SRI  MOHAMED  YAACOB  dan  menetap  di  Asrama  Semai  Bakti
           FELDA Johor Bahru.



           Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa gelisah.Pada pagi itu
           juga,  awal  pagi,  tapi  aku  tak  ingat  bila  tarikhnya,  aku,  Roghan  dan  Faizzy  yang
           merupakan  anak  jati  Felda  Redong  1,  Segamat  bertolak  ke  Johor  Bahru.  Ketika  itu
           dengan  berbekalkan  wang  RM  60  pemberian  Mak,  aku  bertolak  ke  sana  dengan
           harapan dapat menyambung belajar di sekolah itu lagi.


           Ketika sampai di Terminal Larkin, kami berjumpa dengan rakan - rakanku yang belajar
           sama sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku,Fariz  keputusan PMR pelajar
           asrama  tidak  memuaskan."Habislah  masa  depanku,  aku  rasa  aku  yang  kena  buang
           asrama  ni..",  kata  Fariz  dengan  nada  yang  cemas.Mengikut  peraturan  asrama,
           sesiapa yang mendapat 4 A termasuklah dalam subjek Sains dan Matematik sahaja

           dibenarkan  menyambung  persekolahan  di  asrama  itu.  Asrama  itu  umpama  syurga
           bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu" denganku, yang bersama - sama pergi
           sekolah denganku, yang mengajarku erti kehidupan di bandar ketika umur masih lagi
           setahun jagung. Mereka umpama adik beradikku. Terutamanya 7 orang yang paling
           rapat denganku. Kami mempunyai ikatan persaudaraan yang sangat kuat.


           Namun, peraturan asrama lebih besar daripada perhubungan kami ini. Sepanjang 3
           tahun belajar bersama - sama, tidak pernah kami bergaduh, kecuali pada awal - awal
           perkenalan  kami  ."Baiklah,  nama  -  nama  yang  saya  sebutkan  ini,  saya  harap  anda

           bersabar, dan anda tidak dapat meneruskan lagi penempatan awak di asrama ini",
           kata  Encik  Mahmud,  warden  yang amat  kami  “musuhi".  Encik  Mahmud merupakan
           warden yang amat pilih kasih, bagi kami. Kami akan selalu dituduh walaupun kami
           tidak melakukan apa – apa kesalahan."Haikal, Aiman, Syafiq, Ahmad Fariz dan akhir
           sekali... Kamarul. Kamu semua tidak lepas kelayakan PMR dan kamu diarahkan untuk
           tidak menyambung pengajian di asrama ini." kata Encik Mahmud dengan nada yang
           amat keras."Aduhhh, habislah aku, apa aku nak jawab kat mak dan ayah aku", kataku,
           Pada  ketika  itu,  wajah  Mak,  Ayah  dan  adik  -  beradik  semua  bermain  -  main  dalam
           kepalaku.



                                                                                                          42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47