Page 45 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 45

Aku hanya mengangguk, tanda bersetuju. Memang Khairul mempunyai ilmu yang luas di
        dalam memancing ini. Walaupun aku pernah juga mengikut abang - abangku memancing,
        namun  aku  hanya  berharap  kepada  mereka  untuk  membuat  semua  persediaan  untuk

        memancing. "Nah, ni joran untuk kau, jangan sampai rosak, bising Atuk aku nanti" bagitahu
        Khairul  kepadaku.  "Atuk?  Ayah  dan  Mak  kau  mana?"  tiba  -  tiba  soalan  itu  terpacul  dari
        mulutku. "Hmm... dia orang ada dekat Terengganu, bekerja di sana. Ayah aku dapat kerja
        dekat  sana  jadi  mereka  pindah  ke  sana.  Kat  sini  atuk  dan  nenek  aku  yang  jaga  aku".
        "Ohhh..." sambutku. Jam menunjukkan pukul 5 petang, sudah hampir 4 jam kami di tempat
        memancing itu namun hanya beberapa ekor sahaja ikan yang kami dapat. "Jomlah balik
        Upin. Haripun memang nak hujan sangat ni". Aku hanya mengangguk, bersetuju.


        Memang  apabila  aku  pandang  ke  langit,  awan  sangat  gelap,  tanda  hujan  hendak  turun
        sebentar lagi. "Kalau main hujan best jugak" kata ku, berseloroh. "Esok kita nak ke sekolah,
        demam  nanti,  susah,  enjoy  –  enjoy  juga,  kesihatan  kena  jaga  "  jawab  Khairul,  sambil
        menasihati.  Aku  hanya  tergelak.Kami  pulang  ke  rumah  dengan  membawa  ikan-ikan  yang
        telah ditangkap.



        Ahad.  "Petang  nanti  aku  nak  pergi  Segamat,  dengan  Lee.  Kau  nak  ikut  tak?"  Khairul
        bertanya  kepadaku.  "Tak  kot.  Aku  banyak  lagi  homework  belum  siap.  Kau  pergilah".  Aku
        menjawab.


        Sewaktu  ke  kedai  pada  petang  itu,  salah  seorang  rakanku,  Yan  menegur.  "Pin,  kau  kenal
        Khairul  tak?",  tanya  Yan  "Kenal,  kenapa  dengan  dia?",  balasku.  "Aku  dengar  dia  terlibat
        dalam  suatu  kemalangan  tadi.  Dekat  kawasan  Jambatan  Timbang  Tenang  Stesyen".kata
        rakanku, dengan nada sedih.


         "Ya Allah. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah dia", aku beristighfar berulang - ulang kali.
        Hatiku  mula  rasa  sedih.  Jantungku  berdegup  dengan  begitu  cepat  .  Air  mata  ku  tahan
        Rumah datuknya tidaklah jauh sangat daripada rumahku. "Alang - alang dah pergi ke kedai
        ni,  baik  juga  aku  pergi  ke  rumah  atuk  Khairul  ni",  aku  berkata  di  dalam  hati.
        "Assalamualaikum" Tidak bersahut salam apabila masuk kali ketiga aku memberi salam ke
        kawasan rumahnya. "Hmmm... Takde orang.


        Dering. Nombor yang dipaparkan itu tiada dalam kenalanku. "Saya Aisyah, rakan sekelas
        Khairul, jawab suara itu,memperkenalkan diri. "Oh, Aisyah, kenapa?" aku bertanya semula
        kepadanya.  "Aku  harap  kau  sabar.  Khairul  dah  takde.  Dia  dah  meninggal  dunia  lepas

        Maghrib  td  .  Aku  harap  kau  sabar.  Aku  tahu  kau  kawan  yang  sangat  baik  dia",  Aisyah
        memberitahuku. Aku terduduk, tapi tanganku masih tak melepaskan lagi telefon bimbit.












                                                                                                          45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50