Page 47 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 47

Masa berlalu dengan begitu pantas.Pada hari Jumaat bertarikh 12.2.2024 merupakan hari
       yang  mendebarkan.  Keputusan  Sijil  Pelajaran  Malaysia(SPM)  bakal  diumumkan    .Pagi  itu,

       aku bersalaman dengan ibu dan bapa.Ibu memberi nasihat kepadaku agar tidak gementar
       dan  redha  dengan  apa  saja  keputusannya.  .Nasihat  ibuku  dapat  menjadikan  diriku  lebih
       tenang dan berasa amat yakin. Deruman enjin motosikal cabuk bapaku peneman diruku ke
       sekolah . Melayani pawana yang menyapa pipi, kenangan Khairul datang muncul dibenakku
       Sebelum aku pergi ke sekolah aku nak pergi ke tanah perkuburan arwah Khairul.Setibanya di
       tanah  perkuburan,aku  terus  menuju  ke  kubur  Khairul,  Lalu,aku  membaca  Ummul  Kitab
       sebagai  tanda  sedekahku  kepadanya.  Aku  juga  turut  meluahkan  perasaanku
       kepadanya.”Jika  haritu  kami  tak  pergi  dengan  Lee,sekarang  kita  pergi  sekolah  bersama-
       sama untuk mengambil keputusan ”,kata Upin dengan nada yang sedih dalam hati.



       Setelah  beberapa  minit,aku  mulakan  perjalanannya  ke  sekolah.Ramai  kawan kawanku
       menjemputku  dengan  penuh  semangat.”Apa  khabar  ?”,soalan  daripada  Aisyah.Khabar
       baik,aku berkata dengan penuh bertenaga.Semua pelajar menunggu di dewan bestari yang
       merupakan  dewan  yang  sangat  luas  di  sekolahku.Cikgu  kaunseling  yang  bernama
       Pn.Thamilchelvi  dan  ahli-ahli  Pengawas  Rakan  Sebaya(PRS)  mengarahkan  bahawa
       mendaftarkan  nama  pelajar  tingkatan  5  di  stesen  -stesen  yang  ditentukan.Setelah  aku
       mendaftarkan namaku,aku duduk di kerusi dengan kawanku bernama Idris.Majlis dimulakan
       dengan  ucapan  pengetua,Tuan  Hj.Ismail  Bin  Samad.Ucapan  beliau  memang  menjadi
       teladan kepadaku dan kawan-kawanku.Selepas itu,persembahan tarian tradisional melayu
       oleh kumpulan Siti Umairah dari kelas 4 SainsTulen.Persembahan tersebut amat menarik

       dan dapat mengurangkan gementar pelajar.


       Akhirnya,datanglah masa untuk memberi keputusannya.Pengetua berkata bahawa 2 pelajar
       sahaja  yang  mendapat  11A  .Hatiku  berdegup-degup  dengan  pantas  sehingga  orang
       sebelahan boleh dengar.Pengetua mula membagitahu nama pelajar tersebut.Antara pelajar
       yang  mendapat  keputusan  yang  cemerlang  ialah.......Azrul  dan  Syafiq  !!!!.Apabila
       mendengarnya  namaku  aku  berasa  sangat  bangga.Aku  dan  Azrul  pergi  ke  depan  untuk
       mendapat  keputusannya.Aku  tidak  dapat  mengawal  kebanggaanku.Kami  mendapat  wang
       tunai Rm100 berserta komputer riba yang ditaja oleh Pengerusi PIBG.Setelah usai majlis

       saya pulang ke rumah segera. Aku peluk ibuku sambil membisikkan  keputusan. Ibu sangat
       gembira  dengan  keputusanku.Aku  sangat  berterima  kasih  kepada  Khairul  kerana
       pencapaianku didorong oleh kasih sayang seorang sahabat walaupun sudah lama tiada. Aku
       tidak akan lupakan jasanya  sehingga hujung nafasku.

















                                                                                                          47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52