Page 46 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 46

Kepada  Allah  kita  datang,kepada  Allah  kita  kembali",  jawabku,  sedih  teramat  sangat.  Aku
       segera menunaikan solat Isya dan selepas selesai menunaikannya, aku menghidupkan enjin
       motor. "Kau nak pergi mana?" soal ibuku. Pelik.  "Kawan Upin meninggal dunia, Mak. Khairul
       dah  meninggal  dunia",  jawabku.  "Innalillahiwainnailahirojiun",  kalimah  itu  keluar  daripada
       mulut  Ibuku  lalu  menggeleng..  Ibuku  sedikit  sebanyak  mengenali  Khairul.  Kadang  -  kala
       ketika  aku  lambat,  Ibulah  yang  selalu  berbual  dengannya.  Dia  sangat  menyayangi  ibuku
       seperti  ibu  sendiri  kerana  ibu  dia  tidak  berada  dengan  dia,  jadi  berasa  selesa  apabila
       bercakap dengan ibuku.



       "Kirim  salam  Mak  kat  keluarga  Khairul  ,  Ibuku  bersuara  lagi.  "InsyaAllah",  jawabku
       ringkas.Ketika sampai di rumah arwah, aku terus meletakkan motorku di kawasan tepi jalan
       rumahnya.Tiba - tiba aku terserempak dengan Chong , salah seorang rakanku juga. .”Chong,
       kau tahu tak macam mana arwah meninggal? Dia kemalangan dengan apa?" tanyaku. "Lee
       bawa  motor,  tapi  dia  tak  perasan  kereta  depan  dia  berhenti.  Khairul  duduk  di  belakang,
       membonceng, tercampak ke tepi dan badannya terkena pokok tepi jalan tu. Lee pun teruk
       juga,  dia  baru  tahu  Khairul  meninggal  sebab  lepas  kemalangan  tu,  dia  tak  sedarkan  diri.
       Mungkin terkejut", jawab Chong ,ringkas. "Oh... aku nak lihat mukanya buat kali terakhir, dia
       rakan aku yang baik", jawabku di dalam hati.



       "Ya Allah, sesungguhnya insan inilah yang aku kenal dan aku kasihi semenjak aku berpindah
       ke sekolah ini, dialah yang menjadi tempatku mengadu", aku berdoa kehadrat Illahi untuk
       roh  Khairul.  Aku  menangis  teresak  -  esak,  lemah  dan  hampir  longlai.  Kebanyakan  rakan  -
       rakan sekolah kami juga begitu, "Aku tak akan lupakan kau sampai bila - bila, Khairul, kataku
       di dalam hati.


       "Baik, kita akan kebumikan arwah lepas solat Subuh esok, kata Imam Amin, salah seorang
       Imam tersohor di Feldaku itu. Pada malam itu, aku hanya duduk di tepi arwah dan hanya
       membacakan Surah Yaasin kepadanya. "Ini sahaja yang aku mampu untuk kau, Khairul, aku
       berbisik kepadanya. Walaupun aku tahu dia telah meninggalkanku buat selama - lamanya.
       Aku  tahu  dia  mendengarnya.  Aku  tahu."Aku  datang  esok  pagi,  Khairul.  Lepas  Subuh  aku

       datang  semula",  tambahku.  Jam  telah  menunjukkanjam  3.00  pagi.  Aku  perlu  pulang  ke
       rumah untuk mandi dan ganti pakaian.


       "Kepada  Allah  kita  datang,  kepada  Allah  jualah  kita  kembali...",  itu  ayat  talkin  daripada
       ImamAmin. Alhamdulillah, selesai upacara pengebumian arwah, aku terus balik ke rumah.
       SemogaAllah merahmati roh arwah di sana. InsyaAllah!


       2023.  Arwah  Khairul  tetap  dalam  ingatan,  .  Aku  berharap  dia  tenang  di  sana.  Kini,  aku
       sudahpun belajar jauh daripada kawasan Feldaku. Rakan - rakan baruku ramai di sini. Mereka
       baik kepadaku tetapi tidak seseorang pun yang dapat gantikan tempat Khairul dalam hatiku.







                                                                                                          46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51