Page 43 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 43
Aku mula fikir masa depanku."Kat mana aku nak sekolah lepas ni, dengan siapa aku nak
berkawan, siapa yang nak berkawan dengan aku". Macam - macam pertanyaan berada di
dalam kepalaku. Pada masa itu, hanya"kawan" yang berada di dalam kepalaku. Kawan
adalah segala - galanya pada ku. Kawan itu sebagai adik-beradik bagi aku sewaktu berada
di asrama. Kawan itulah menolongku sewaktu aku susah, ketika sakit,ketika ku mahukan
pertolongan, kawan itu lah segala - galanya.Kawanlah yang sentiasa membantu buat
kerjarumah, pembentangan ,sewaktu peperiksaan dan lain lain lagi. "Assalamualaikum
Mak, Upin ni(nama panggilanku di rumah), Upin gagal melepasi keputusan PMR tu.
Maafkan Upin, Mak", kataku menerusi telefon bimbit kepada Ibu ku dengan suara yang
amat sedih. "Tak mengapalah Pin, tak ada rezeki kau lah tu, baliklah ke rumah dulu",
jawab Mak.
Ketika itu, perasaan serba salah itu amat memukulkan hatiku. Aku merupakan anak
bongsu iMak, Ayah. Dan mereka amat menyayangiku dan mereka meletakkan harapan
yang tinggi kepadaku .Urusan perpindahan sekolah pun bermula. Daripada bersekolah di
Johor Bahru, aku berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan kampungku."Woi Pin,
kau dah sekolah kat sini ke? Kenapa balik ke kampung. Hahahaha" pertanyaan kawan ku
dikampung itu tidak sempat ku balas tetapi diakhiri dengan gelak tawa. Pada ketika itu,
begitu malu sekali aku bukan kepalang. Namun ku gagahkan juga. Hidup mesti
diteruskan, tidak mempunyai pilihan lagi. Ketika dulu berada di Johor Bahru, aku
dikatakan budak kampung kerana pakaian. yang tidak seperti masyarakat bandar. Tetapi
itu tidak penting, kawan ku ramai. Mereka sama – sama hampir serupa denganku. Tiada
masalah!"Awak pilih kelas apa yang awak minat, sama ada Sains Tulen, Sains Pertanian,
Akaun atau Akuakultur. Tapi kelas terakhir tu, saya nasihatkan awak jangan masuk,
Mereka kebanyakannya degil". Budak-budak kelas tu memang tak begitu pandai dan
mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang,sebab itulah mereka dapat kelas
yang terakhir ,Kata guru tersebut. Aku hanya mengangguk kepalaku,sebenarnya aku juga
degil, malah lebih degil daripada mereka yang berada di dalam kelas terakhir itu. Cuma
mereka degil sehinggakan guru – guru nampak. Mereka tidak pandai main dengan
suasananya. Senyum sinis.
Guru tersebut membincangkan bersama guru-guru lain tentang diriku di bilik guru yang
bersebelahan dengan kelas Akuakultur yang merupakan kelas terakhir.Tiba-tibanya,aku
terdengar seorang guru mengatakan bahawa murid baharu itu mendapat keputusan
yang baik. .Jadi,dia perlu berada dalam kelas Sains Tulen.Dengan ini murid itu mendapat
kawan-kawan yang berdisiplin dan rajin membuat kerja rumah. "Hmm, baiklah cikgu,
saya masuk kelas Sains Tulen, boleh? Guru itu terus mengangguk. Dia amat bersetuju.
Makin ramai pelajar Melayu lelaki di dalam kelas itu, lagi elok, pada pendapatnya. Aku tak
tahu sama ada perkiraanku ini betul atau tidak, cuma aku mahu bermula dari bawah
semula. Hidup mesti diteruskan! Aku meneruskan persekolahan di sekolah baru ku, SMK
Tenang Stesyen, Segamat. Haikal ,rakanku bersekolah di kawasan Bandar Segamat,
namun aku lebih selesa di kawasan ini.
43

