Page 44 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 44

Kawasan  kampung  ini  walaupun  tidak  secanggih  bandar,  walaupun  banyak  pokok
        kelapa sawit ,getah berbanding bangunan tinggi.  . Aku sedar aku anak kampung, anak

        kampung yang miskin dan harus bangkit cepat. Aku mesti melalui semua ini."Woi Upin...
        kau  dah  sekolah  kat  sini  eh?  Bukan  kau  sekolah  kat  Johor  Bahru  ke  dulu?,  tanya
        seorang rakanku, Khairul Ahmad. Nama ringkasnya, Khairul.


        Aku hanya mengeluh."Aku kena singkir dengan asrama" jawabku ringkas, malas hendak
        bercerita lebih panjang mengapa aku di sekolah ini. " Rileks la, aku ada. Aku tahu kau
        ada kawan kat sini tapi tak sama pemikiran dengan kau, tapi aku boleh jadi kawan kau"
        kata Khairul, selamba. Pada awalnya aku pun macam kau tapi selepas beberapa tahun
        aku  dah  biasakan  diri  dengan  persekitaraan,  jadi  kau  pun  boleh  biasakan  diri  .  Aku
        hanya  tersenyum,  menjabat  tangan  dengannya.  "Terima  kasih,  Khairul,  "jawabku.

        Khairul merupakan seorang yang baik, walaupun dia daripada kelas hujung, setiap kata
        - katanya tidak menyakitkan hatiku dan ketika bercakap dengannya aku berasa amat
        tenang.    Aku  selesa  berkawan  dengannya.  Walaupun  ramai  kawan  sekampung  lain,
        tetapi aku lebih suka berkawan dengannya. Jiwanya hampir sama denganku.


        "Pin, mari pergi memancing, bosanlah hari ni" ajak khairul pada ku. Pada hari itu, Sabtu,
        memang  membosankan  dan  lebih  bosan  jika  aku  hanya  duduk  di  rumah  sahaja.  "Ok.
        Tapi aku takde joran" jawabku sambil tersengih. "Tak apa, aku ada, aku bawak tiga nanti.
        Tapi aku nak pakai dua".


        Aku  hanya  tersenyum,  dan  segera  mengambil  pakaian  dan  cangkul  nak  cari  cacing
        untuk  memancing.  Pada  ketika  itu,  pada  fikiranku  hanya  satu,  umpan  ikan  adalah

        cacing.  "Tak  payah  banyak  sangat  cacing  tu,  aku  ada  bawak  lipas  dengan  dedak",
        Khairul memberitahu dengan begitu gembira .Perjalanan aku ke kawasan memancing
        itu  jauh  juga.  Kira  -  kira  4  kilometer  daripada  kawasan  perkampungan  Felda  aku.
        Melihat ke langit, awan sudah berkepul - kepul hitam.


        "Patutlah panas semacam, nak hujan rupanya" aku memberitahu Khairul. Khairul hanya
        mengangguk,  tanda  bersetuju  dengan  pendapat  ku.  "Kalau  hujan,  kita  balik  lah  ke
        rumah.Kalau  kita  main  dalam  hujan  mesti  kita  demam.  Pergi  sekolah  pun  tak  boleh.
        Masa  hujan  ni,  ikan  takde".  Aku  pula  mengangguk.  Pada  pendapatku,  sama  ada  ikan
        dapat atau tidak, sama ada hujan atau tidak, itu tak penting, yang penting, masa aku

        pada hari itu terisi.


        Aku  terus  mengikutnya  ke  tempat  memancing  di  dalam  kawasan  kebun  kelapa
        sawit."Kau  tahu  tak,  di  sini  lah  kawasan  memancing  kegemaran  aku.  Walaupun  tak
        banyak  ikan,  tapi  tempat  ni  memang  tenangkan  hatiku.  .Tiupan  angin  yang  tenang
        bunyi air yang mengalir dan ikan-ikan yang berwarna-warni serta kehijauan tumbuhan-
        tumbuhan menyebabkan aku sangat bertenaga Lagipun aku kelas akuakultur, jadi aku
        memang minat dengan ikan - ikan ni semua" kata Khairul, sejurus sampai di kawasan
        memancing itu.

                                                                                                          44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49