Page 1010 - e Prosiding Serai 2021
P. 1010

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               bimbit sangat terhad kerana mereka perlu berkongsi satu telefon bimbit bersama adik beradik
               mereka yang lain. P11 menyatakan dia hilang motivasi apabila WOW mengambil masa yang

               lama untuk di akses disebabkan oleh peranti yang berkualiti rendah.


                         “Saya tidak mempunyai telefon peribadi. Saya menggunakan telefon ibu saya untuk
               belajar, tetapi beliau selalu pulang lambat ke rumah.” (P6, Orang Asal, B40, tahap kebiasaan
               rendah)

                         “Saya perlu meminjam telefon ayah saya, jadi saya perlu menunggu sehingga beliau
               selesai menggunakan telefon untuk menyiapkan kerjanya.” (P3, Orang Asal, tahap kebiasaan
               rendah)

                         “Saya tidak kerap menggunakan WOW kerana saya jarang menggunakan telefon
               bimbit di rumah.” (P5, B40, tahap kebiasaan rendah)

                         “Kami mempunyai sebuah telefon sahaja jadi  saya perlu berkongsi dengan adik
               beradik yang lain. Saya tidak boleh menggunakannya ketika mereka ada kelas.” (P7, B40,
               tahap kebiasaan rendah)

                         “Saya berkongsi telefon bimbit ibu saya bersama adik dan kakak saya.” (P4, B40,
               tahap kebiasaan sederhana)

                         “Kadang kala telefon saya sangkut ketika saya sedang bermain, saya tidak suka
               apabila perkara itu berlaku.” (P11, B40, tahap kebiasaan sederhana)

                Akses  yang  terhad  terhadap  peranti  mudah  alih  secara  tidak  langsung  melemahkan

               semangat dan motivasi peserta untuk melengkapkan 6 unit WOW. Kebanyakan pelajar dari
               keluarga  berstatus  B40  mengakses  WOW  menggunakan  telefon  bimbit  ibu  bapa  atau

               penjaga. Jumlah peranti yang terhad bagi setiap keluarga memaksa pelajar untuk berkongsi
               dan bergilir-gilir menggunakan peranti untuk pembelajaran dalam talian. Penemuan ini selari
               dengan  Ghaviefkr  et  al.  (2016),  yang  menunjukkan  beberapa  masalah  umum  dalam

               pembelajaran  mudah  alih:  kos  dan  ekuiti  akses.  Pengintegrasian  permainan  dalam  talian
               dalam  pembelajaran terbukti  agak  mencabar kepada  pelajar  yang  lebih  muda,  yang tidak
               memiliki peranti mudah alih peribadi. Belay (2020) menggariskan pelajar miskin yang tinggal

               di bandar dan luar bandar lebih cenderung berada dalam kedudukan yang kurang beruntung,
               kerana akses yang terhad kepada alat pembelajaran.


                         Tambahan  lagi,  hasil  kajian  mendapati  bahawa  peranti  mudah  alih  berkualiti
               rendah mengganggu motivasi peserta dalam belajar. Sarfoah (2017) melaporkan bahawa

               pelajar mungkin mengalami beberapa masalah teknikal dan kebolehgunaan yang membentuk
               minat  belajar  mereka.  Beliau  menyatakan  bahawa  80%  dari  respondennya  mengesahkan

               bahawa  mereka  pernah  melalui  pengalaman  skrin  peranti  beku  pada  saat-saat  penting
               semasa pembelajaran sedang berlangsung. Kejadian ini, menurut komen umum, menjadikan
               pembelajaran tidak berkesan.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                992
   1005   1006   1007   1008   1009   1010   1011   1012   1013   1014   1015