Page 1009 - e Prosiding Serai 2021
P. 1009

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menyokong  Kumar  dan  Raja  (2019),  yang  menyatakan  bahawa  mengintegrasikan
               pembelajaran  mudah  alih  membolehkan  pendidikan  jauh  lebih  mudah  diakses  daripada

               kaedah penyampaian konvensional yang biasa. Bahan pembelajaran mampu diakses oleh
               lebih ramai orang menerusi aplikasi mudah alih, audio siar dan buku elektronik. Biswas et al.
               (2020) melaporkan 69.2% dari peserta kajian menjawab, peranti mudah alih memberi mereka

               kelonggaran  untuk  belajar  pada  bila-bila  masa  dan  di  mana  sahaja.  Perkara  ini  jelas
               menunjukkan bahawa pembelajaran mudah alih adalah alat yang berguna semasa pandemik

               COVID-19 di mana pelajar masih boleh mengikuti kelas walau di mana sahaja mereka berada.


                         Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan peserta yang mengalami
               kemudahan akses ke WOW adalah peserta yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai
               kelebihan (status ekonomi yang lebih tinggi atau selesa). Ini berkait dengan penemuan oleh

               Tang (2015), dimana ia terbukti bahawa pendapatan keluarga berkait rapat dengan pemilikan
               telefon dan akses yang lebih besar ke aplikasi dalam telefon bimbit. Pelajar yang mempunyai
               kewangan yang lebih baik cenderung untuk melabur wang dan usaha untuk memiliki peranti

               mudah alih peribadi.


               b) Menghadapi kesukaran mengakses permainan dalam talian


               Sebaliknya, banyak peserta dari kumpulan Orang Asal, B40 dan kumpulan yang mempunyai
               kebiasaan  dengan  peranti  mudah  alih  yang  rendah,  gagal  menyelesaikan  semua  unit  di
               WOW. Kumpulan peserta ini melaporkan pengalaman mereka yang kurang memuaskan dan

               kurang  positif  semasa  mengintegrasikan  permainan  digital  WOW  sebagai  alat  dalam
               pembelajaran  kosa  kata.  Kebanyakan  pelajar  mempunyai  masalah  yang  sama  iaitu
               kebolehcapaian.  Berdasarkan  maklum  balas  daripada  peserta  kajian,  para  peserta

               mendedahkan bahawa mereka tidak dapat mengakses WOW kerana dua sebab utama; 1)
               kekurangan akses ke peranti mudah alih dan 2) kekurangan akses ke sambungan Internet
               yang baik.


                         Para  pengkaji  mengenalpasti  bahawa  masalah  akses  terhad  dikongsi  di  antara

               peserta kumpulan Orang Asal, B40 dan kumpulan yang mempunyai kebiasaan dengan alat
               peranti yang rendah. Tujuh peserta daripada kumpulan ini menyatakan pengalaman mereka
               sebagai tidak memuaskan dan sederhana, kerana mereka memiliki akses yang terhad ke

               peranti mudah alih. P6, P3, P5 dan P7 tidak mempunyai peranti mudah alih peribadi dan
               bergantung kepada telefon bimbit milik ibu bapa mereka untuk mengakses ke WOW. Walau
               bagaimanapun,  kebanyakan  ibu  bapa  mereka  bekerja  pada  siang  hari.  Ini  menyebabkan

               peserta-peserta tersebut perlu menunggu ibu bapa mereka pulang ke rumah dahulu sebelum
               mereka dapat menggunakan telefon bimbit. P7 dan P4 menyatakan bahawa akses ke telefon



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                991
   1004   1005   1006   1007   1008   1009   1010   1011   1012   1013   1014