Page 1005 - e Prosiding Serai 2021
P. 1005

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               konvensional  di  mana  segala  bahan  maklumat  telah  tersedia.  Justeru,  mereka  ragu-ragu
               untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kelas abad ke-21 dan menghadapi kesukaran dalam

               menyelesaikan tugas yang memerlukan mereka untuk memanipulasi alat teknologi kerana
               merasakan  yang  mereka  tidak  mahir  menggunakan  teknologi.  Mereka  kurang  menerima
               pendekatan pedagogi baru.


               (ii) Status sosioekonomi (T20, M40, B40)


               Peserta kajian terdiri daripada latar belakang sosioekonomi yang pelbagai. Untuk kajian ini,

               peserta dipilih dari tiga kumpulan pendapatan, iaitu B40, M40 dan T20. Istilah B40 mewakili
               peratusan  penduduk  negara  di  bawah  40%  yang  memperoleh  RM3,000.  M40  adalah
               pertengahan  40,  yang  rata-rata  pendapatan  isi  rumahnya  sekurang-kurangnya  RM6,625,

               sementara  T20  adalah  kelas  warganegara  dengan  pendapatan  isi  rumah  secara  purata
               sekurang-kurangnya RM13,148. Penemuan daripada kajian yang telah dibuat Tang (2015)
               menunjukkan bahawa pendapatan keluarga sangat berkait dengan pemilikan telefon pintar

               dan  akses  ke  aplikasi  dalam  telefon  bimbit.  Pelajar  yang  datang  daripada  keluarga
               berpendapatan  tinggi  menghabiskan  lebih  banyak  wang  dan  masa  untuk  telefon  bimbit

               mereka.  Sebaliknya,  pelajar  daripada  keluarga  berstatus  ekonomi  rendah,  mempunyai
               kejayaan  pendidikan  yang  lebih  rendah  dan  kurang  keyakinan  diri  daripada  pelajar  yang
               mempunyai status ekonomi yang tinggi atas beberapa faktor: kekurangan alat pembelajaran

               yang diperlukan, bimbingan yang tidak mencukupi, dan motivasi.


               (iii) Tahap kebiasaan dengan peranti mudah alih (Tinggi, Sederhana dan Rendah)

               Peranti  mudah  alih  secara  umumnya  dikenali  sebagai  alat  teknologi  yang  menyumbang

               kepada kemudahan penggunaan pengguna (Fagan, 2019). Tahap kebiasaan peranti mudah
               alih adalah mengenai pemahaman seseorang tentang bagaimana peranti berfungsi, boleh

               menggunakan serta mengeksploitasi peranti untuk belajar (Fagan, 2019). Alzaza dan Yaakub
               (2011)  melaporkan  bahawa  kesedaran  pelajar  mengenai  pembelajaran  mudah  alih
               membuktikan kesediaan mereka untuk menerima dan menggunakan pembelajaran bergerak

               dalam pendidikan secara positif. Korelasi yang konsisten antara kesediaan belajar mudah alih
               dan kesediaan teknologi memberi maksud pelajar dengan literasi teknologi yang tinggi akan

               lebih cenderung untuk menggabungkan pembelajaran mudah alih dalam pendidikan dengan
               mudah. Kajian ini mengkaji sama ada pemboleh ubah ini menyumbang kepada pengalaman
               pelajar  dalam  mengintegrasikan  permainan  dalam  talian  sebagai  alat  pembelajaran
               perbendaharaan kata. Faktor ini tidak terhad kepada penggunaan peranti di sekolah.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                987
   1000   1001   1002   1003   1004   1005   1006   1007   1008   1009   1010