Page 1008 - e Prosiding Serai 2021
P. 1008
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menjawab soalan menggunakan hanya satu alat peranti. P2, P9, P8 dan P10 menyatakan
bahawa fleksibiliti untuk mengakses WOW tanpa mengira masa dan tempat adalah faktor
positif yang membolehkan mereka membuat ulang kaji secara atas talian. P2 juga
menekankan tentang kemudahan mudah alih peranti yang membolehkannya mengakses
WOW dengan senang tanpa mengira tempat.
“Saya suka WOW sebagai kerja rumah…ianya lebih baik kerana kita tidak perlu
menulis…kita boleh terus menjawab soalan dalam permainan tersebut…ia sangat mudah
digunakan.” (P5, Melayu, M40, tahap kebiasaan tinggi)
“Saya mempunyai telefon saya sendiri. Ia sangat mudah kerana saya boleh
membawa telefon saya ke mana-mana sahaja sewaktu menyelesaikan permainan
WOW…secara amnya saya merasa gembira ketika menjawab soalan.” (P2, India, T20,
tahap kebiasaan tinggi)
“Bagi saya, senang belajar sambil menggunakan telefon saya…saya hanya mengklik
pautan…saya biasanya menggunakan Wi-Fi jadi semuanya elok sahaja…tidak
mempunyai masalah mengakses permainan dalam talian.” (P9, Melayu, T20, tahap kebiasaan
sederhana)
“Ya, saya boleh bermain permainan digital WOW setiap masa…saya selalunya
bermain WOW sebelum saya tidur supaya saya dapat main sambil berehat.” (P8, India, M40,
tahap kebiasaan tinggi)
“Saya boleh menggunakan telefon saya untuk bermain semua permainan…” (P10,
Melayu, M40, tahap kebiasaan tinggi)
Secara keseluruhannya, peserta-peserta dari kumpulan ini menyatakan bahawa
mudah untuk menyelesaikan permainan dalam WOW kerana ianya mudah alih, mudah
digunakan dan fleksibel. Sebilangan besar dari mereka mengaku bahawa mereka mempunyai
akses ke peranti mudah alih. Respons yang diterima bersesuaian dengan catatan
pemerhatian tingkah laku mereka semasa temu bual kumpulan berfokus. Para peserta berada
dalam keadaan santai dan berlaku jujur sewaktu berkongsi pengalaman mereka
mengintegrasikan WOW dalam pembelajaran kosa kata. Mereka boleh bertukar pandangan
tentang permainan mana yang mereka paling gemar dan pencapaian tertinggi mereka
sepanjang menyiapkan semua permainan yang ada. Hasil dapatan kajian juga disokong
dengan catatan pengkaji berdasarkan keputusan permainan dan ringkasan yang
menyenaraikan peserta yang berjaya menyelesaikan permainan. Semasa temu bual, para
pengkaji menyoal beberapa soalan perbendaharaan kata (Contoh: ejaan, maksud) yang diuji
dalam permainan dalam talian WOW. Peserta-peserta dapat menjawab kebanyakan soalan
dengan tepat. Ini menunjukkan kesungguhan peserta dalam menggunakan WOW sebagai
alat pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris.
Peranti mudah alih membantu peserta untuk mengakses WOW pada bila-bila masa
tanpa mengira tempat, rangkaian atau peranti tanpa wayar yang digunakan. Penemuan ini
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 990

