Page 106 - e Prosiding Serai 2021
P. 106
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LAMPIRAN
Lampiran 1:
Rajah 1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas
RANGSANGAN TINDAK BALAS
PENDEKATAN
Menurut Teori Gestalt, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang
berbentuk ‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983).
Oleh itu, manusia akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui
proses yang dikenali sebagai ‘celik akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’ struktur
kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan pelbagai maklumat dan
pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu diselesaikan itu.
Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk membantu dalam
mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu sendiri. Berdasarkan
konteks penyelidikan ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah menulis karangan akan
mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif apabila guru memberi bimbingan
dan panduan dalam penulisan karangan yang baik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 88

