Page 104 - e Prosiding Serai 2021
P. 104
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pra, Latihan dan Ujian Pos (Karangan Respons Terbuka) pada lampiran 2 - Sumber: Unit
Pentaksiran Kolej Vokasional Alor Setar, 2020.
IMPAK KAEDAH PENYELIDIKAN KEPADA PENYELIDIK DAN NILAI TAMBAH KEPADA
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah penyelidikan yang dilaksanakan telah memberikan impak yang amat ketara kepada
penyelidik. Pada masa yang sama, kaedah penyelidikan turut diberi nilai dengan
mendaftarkannya dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo) untuk
mendapatkan hak cipta, selain mendapatkan nombor International Standard Book
Number (ISBN) daripada pihak Perpustakaan Malaysia untuk tujuan penerbitan secara
komersial. - sila rujuk Lampiran 6
CADANGAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu dalam menjayakan dan meningkatkan
pencapaian pelajar dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang
perlu diberi perhatian khususnya dalam pengajaran sistem dan aplikasi bahasa. Oleh itu,
dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan pelajar berkenaan dalam penggunaan kosa
kata dan penggunaan peribahasa dalam ayat. Selain itu, pelajar juga perlu menguasai
kemahiran membina ayat secara gramatis dan bervariasi bagi menghasilkan penulisan
karangan yang baik.
KESIMPULAN / RUMUSAN
Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan
terhadap kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami masalah
pembelajaran akan menjejaskan pencapaian mereka dalam penulisan karangan. Guru
seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya
dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
Pendekatan Berfokus iaitu Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah
Matematik yang diserapkan dalam proses pengajaran guru dalam penulisan karangan
diharapkan mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan dan
seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu peringkat SVM.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 86

