Page 103 - e Prosiding Serai 2021
P. 103

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               karangan. Guru  juga  menerangkan teknik menulis  karangan  dengan  berpandukan kaedah
               yang diperkenalkan. - sila rujuk lakaran pada Lampiran 5


               Pelaksanaan Penyelidikan                                                            Tentatif
               pelaksanaan  tindakan  bagi  pelaksanaan  ‘Pendekatan  Berfokus’  iaitu  Kaedah  Penulisan

               Karangan  Mengikut  Rumus  Mudah  Matematik  ditunjukkan  di  bawah.    Aktiviti  yang
               dijalankan adalah seperti berikut:


                      Langkah 1 : Guru membuat analisis terhadap isu (tema buku teks Tahun 1 dan 2 SVM)
                      yang perlu diberikan perhatian berdasarkan tema pengajaran yang disampaikan.


                      Langkah 2 : Guru      memberikan panduan penulisan karangan mengikut topik yang
                      diberikan  berpandukan  ‘Pendekatan  Berfokus’  iaitu  Kaedah  Penulisan  Karangan
                      Mengikut  Rumus  Mudah  Matematik.  Pengajaran  dilakukan  secara  dua  hala  bagi

                      menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar.

                      Langkah  3  :  Guru  meminta  pelajar  mengembangkan  idea  berdasarkan  latihan

                      mengembangkan  idea  yang  terdapat  dalam  ‘Pendekatan  Berfokus’  iaitu  Kaedah
                      Penulisan  Karangan  Mengikut  Rumus  Mudah  Matematik.  Guru  menjelaskan

                      kaedah mengembangkan idea kepada pelajar.

                      Langkah 4 : Guru memberi tugasan penulisan karangan lengkap sebagai pemantapan

                      terhadap  penulisan  karangan  mengikut  format  karangan  yang  disampaikan.  Para
                      pelajar membuat tugasan yang diberikan berpandukan ‘ Pendekatan Berfokus’ iaitu
                      Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik


                      Langkah  5  : Guru  memberi  penegasan  terhadap  penulisan  karangan  yang  baik  di
                      samping memberikan beberapa penanda wacana sebagai panduan kepada pelajar.





               KEBERKESANAN          KAEDAH      PENYELIDIKAN  KEPADA  PEMBELAJARAN  DAN
               PENGAJARAN

               Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan

               menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam
               kalangan  pelajar  secara  keseluruhannya.  Pelajar  sendiri  melakukan  penerokaan  kendiri

               berdasarkan  panduan  yang  diberikan  oleh  guru  berdasarkan  pendekatan  berfokus  iaitu
               Kaedah  Penulisan  Karangan  Mengikut  Rumus  Mudah  Matematik.  Kelemahan  murid
               dalam menulis karangan dapat diatasi. Sila rujuk Jadual 1: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian




                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      85
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108