Page 102 - e Prosiding Serai 2021
P. 102
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat SVM(1104) mahupun SPM (1103).
PENGURUSAN / PELAKSANAAN KAEDAH PENYELIDIKAN
Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah berkaitan dengan mengenal pasti masalah pembelajaran
pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam penguasaan kemahiran
penulisan karangan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar dalam
aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung. Masalah yang
dihadapi pelajar dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) atau Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah
yang menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran penulisan karangan adalah seperti
yang terkandung dalam Jadual 2. - sila rujuk Jadual 2 pada Lampiran 3
Tindakan yang Dijalankan
Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di
atas, satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan adalah dengan
memberi pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SVM yang sebenar,
khususnya aspek penulisan karangan dan sistem pemarkahan. Pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan lemah dalam
penulisan karangan perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar sasaran. Oleh itu, tindakan
dilakukan dengan memperkenalkan ‘Pendekatan Berfokus’ pada pelajar iaitu Kaedah
Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. - sila rujuk gambar pada
Lampiran 4
Hasil Pemerhatian dan Penilaian
Setiap kali aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atau Pembelajaran di Rumah
(PdPR) aktiviti latihan penulisan karangan dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan pelajar
menulis karangan berpandukan rumus mudah Matematik yang diberikan oleh guru. Soalan
karangan diberikan kepada pelajar untuk dibincangkan. Soalan berkenaan sebagai
rangsangan kepada pelajar untuk panduan dan pengembangan idea pelajar dalam penulisan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 84

