Page 101 - e Prosiding Serai 2021
P. 101
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH KAEDAH PENYELIDIKAN
Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan
menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam
kalangan pelajar secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri
berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. Kelemahan pelajar
dalam penulisan karangan dapat diatasi agar pelajar yang berpotensi cemerlang dapat
dihasilkan. Manakala pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan ketika menulis
karangan, dan masih berada pada aras lulus. sila rujuk Jadual 1 pada Lampiran 2
REFLEKSI PENYELIDIKAN
Penilaian Pencapaian Pelajar
Semasa aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk menjawab soalan
karangan semakin meningkat. Setiap kali latihan karangan diberikan pelajar dapat
memberikan isi berdasarkan pada pendekatan berfokus iaitu Kaedah Penulisan Karangan
Mengikut Rumus Mudah Matematik. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam menulis
karangan dapat diminimumkan.
Rumusan Pemerhatian
Masalah pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran pelajar
pasif telah dapat diatasi. Sikap pelajar yang gemar berbual, kurang tumpuan, dan tidak
membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik yang diserapkan dalam
Pendekatan Berfokus mampu memberi panduan kepada pelajar untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar menjadi aktif dan berfokus bagi mencapai kecemerlangan dalam
penulisan karangan.
Refleksi
Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan pada akhir penyelidikan pelajar telah
menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran penulisan karangan. Keadaan ini memberi
respons positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri dalam
menjawab soalan karangan sehingga mampu berdikari membuat latihan kendiri dan menulis
karangan dengan baik. Respons positif daripada pelajar terhadap pelaksanaan ‘Pendekatan
Berfokus’ iaitu Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik amat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 83

