Page 1114 - e Prosiding Serai 2021
P. 1114
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Carta 1: Masalah-Masalah Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Secara
Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Seramai 24.3% ibu bapa berpendapat mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam
melaksanakan proses pembelajaran kepada anak-anak mereka sepanjang tempoh itu.
Namun, sebanyak 23.4% ibu bapa menyatakan bahawa mereka mengalami masalah dari
sudut data internet yang terhad memandangkan guru-guru menggunakan aplikasi laman
sesawang sebagai medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran sepanjang PKP ini.
Manakala 24.3% ibu bapa menyatakan bahawa mereka tidak cukup peralatan seperti telefon
pintar dan komputer untuk digunakan oleh anak-anak mereka di rumah bagi melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh guru. Kebanyakan telefon pintar yang digunakan adalah
kepunyaan ibu bapa dan pada masa yang sama ibu bapa juga terpaksa menggunakannya
untuk bekerja. Masalah kawalan anak-anak merupakan skor masalah ke empat tertinggi
(9.0%) iaitu ibu bapa sukar untuk memantau anak-anak mereka atas faktor bekerja mahupun
anak-anak mereka mengambil peluang untuk bermain melalui aplikasi pada laman sesawang
apabila diminta untuk menyelesaikan tugasan oleh guru. Selain itu, masalah jadual bertindih
menyumbang sebanyak 7.2%, ibu bapa tidak kuasai ilmu juga menunjukkan skor 7.2% dan
lain-lain masalah adalah sebanyak 4.5%.
PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis deskriptif yang dilaksanakan, ibu bapa menunjukkan kecenderungan
untuk mengamalkan gaya didikan autoritatif (jadual 3) apabila mereka memberi maklum balas
melebihi 90% bagi setiap item yang dikemukakan (91%-100%) . Bagi item-item yang
menunjukkan ciri-ciri didikan autoritarian (jadual 1) pula, hanya item 2 dan item 5 sahaja
mendapat maklum balas melebihi 90% daripada ibu bapa. Kecenderungan ibu bapa terhadap
gaya didikan ini mengikut pilihan item ialah antara 94% - 57.4%. Manakala peratus maklum
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1096

