Page 1115 - e Prosiding Serai 2021
P. 1115
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
balas bagi setiap item yang menunjukkan kecenderungan mengamalkan gaya didikan
permisif adalah sangat rendah iaitu antara 28.7%-1.7% (jadual 2). Gaya didikan autoritatif
telah menjadi pilihan ibu bapa masa kini. Kecenderungan ibu bapa dalam mengamalkan gaya
didikan autoritatif boleh membantu anak-anak cemerlang dalam pembelajaran mereka. Anak-
anak akan lebih menguasai pembelajaran, mempunyai keyakinan dan konsep kendiri yang
tinggi serta lebih bermotivasi. Kajian-kajian yang telah dijalankan juga mendapati bahawa ibu
bapa yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak dengan menyediakan
persekitaran pembelajaran yang positif di rumah boleh memberi pengaruh kepada
kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak serta penghargaan kendiri mereka (Johan
dan Nazeri, 2010; Ismail et.al, 2016; Loganathan dan Gopal, 2015; Inam et,al. 2016).
Namun, terdapat juga ibu bapa yang agak tegas dan mendesak terhadap
pembelajaran anak-anak seperti memarahi anak apabila mendapati dia meniru atau memaksa
anak untuk menghantar tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan tanpa mengetahui
keupayaan dan kebolehan anak-anak (item 2 dan 5 daripada jadual 1). Gaya didikan sebegini
tergolong dalam gaya autoritarian, tetapi, ia menjadi salah satu gaya yang turut diamalkan
oleh sebilangan besar ibu bapa. Perbuatan meniru jawapan atau tidak mematuhi masa yang
telah ditetapkan menjadi tingkah laku tidak berdisiplin bagi ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa
sebaiknya cuba untuk mendekati anak-anak mereka dan mengenal pasti permasalahan yang
dihadapi oleh mereka terlebih dahulu sebelum terus bersikap kasar dan mendesak.
Penyelesaian masalah perlu dibincang bersama anak-anak supaya mereka turut berasa
bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Anak-anak juga akan belajar untuk
membuat refleksi bukan sahaja kepada aspek pembelajaran malah terhadap tingkah laku
mereka juga. Menurut Nufa (2020), ahli psikologi ada membincangkan tentang gaya didikan
autoritatif dolphin yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba iaitu asuhan ibu bapa yang
agak tegas tetapi fleksibel. Gaya asuhan ini menurut beliau masih wujud peraturan dan
hukuman yang tertentu ditetapkan untuk anak-anak, tetapi dalam masa yang sama anak-anak
mempunyai ruang untuk memberi pandangan mengenai perkara tertentu. Walau
bagaimanapun, tidak semua pandangan anak-anak akan diterima oleh ibu bapa, namun anak-
anak akan belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modelling.
Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan hanya segelintir sahaja ibu bapa yang
mengamalkan gaya didikan permisif (jadual 2) iaitu sikap ibu bapa yang lebih santai terhadap
pembelajaran anak-anak dan hanya akan bertindak sekiranya ada masalah serius yang
berlaku. Gaya permisif ini dikatakan sebagai lebih bersikap terbuka dan bebas kepada anak-
anak. Jarang berlaku konflik antara ibu bapa dengan anak-anak dalam gaya didikan permisif
ini kerana ibu bapa lebih menjaga emosi anak-anak. Hal ini akan membentuk tingkah laku
yang tidak konsisten dan keliru kepada anak-anak. Ibu bapa permisif tidak memupuk sikap
bertanggungjawab dalam diri anak-anak, malah anak-anak akan berasa terlalu bebas untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1097

