Page 1110 - e Prosiding Serai 2021
P. 1110

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Justeru,  pengkaji  ingin  melihat  kepada  dua  kriteria  berikut  yang  mana  boleh
               diharapkan dapat membantu pihak sekolah bagi mengenalpasti punca yang menjadi halangan

               dalam permasalahan ini iaitu melalui gaya bimbingan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
               mereka serta cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa proses PdPc ini dijalankan.



               TUJUAN  KAJIAN

                   1.  Mengenalpasti  gaya  didikan  ibu  bapa  dalam  mendidik    anak-anak  yang  berada  di

                       tahap dua SK Atas Tol, Kuala Terengganu.
                   2.  Mengenalpasti masalah ibu bapa terhadap  proses pembelajaran dan pemudahcaraan
                       (PdPc) secara  dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


               SOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah gaya didikan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang berada di tahap dua

                       SK Atas Tol, Kuala Terengganu?
                   2.  Apakah  masalah  ibu  bapa  terhadap    proses  pembelajaran  dan  pemudahcaraan

                       (PdPc) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

               TINJAUAN LITERATUR


               Gaya didikan ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-
               anak (Johan dan Nazeri, 2010). Kajian yang dilaksanakan juga memperlihatkan kepentingan
               hubungan  antara  ibubapa  dan  anak-anak  bagi  meningkatkan  keperibadian  yang  meliputi

               sikap dan sahsiah serta pencapaian akademik anak-anak (Ismail et.al, 2016).
                       Dalam  mengesyorkan  gaya  keibubapaan  terbaik,    Baumrind  (1966)  telah

               memperkenalkan model gaya keibubapaan yang telah dibahagikan kepada tiga jenis gaya
               iaitu  autoritatif,  autoritarian  dan  permisif.  Sementara  Maccoby  &  Martin  (1983)  telah
               memperkenalkan  empat  gaya  keibubapaan  iaitu  gaya  authoritatif  (demokratik),  gaya

               authoritarian (kawalan), gaya permissive-indulgent (lebih kawalan-ada kebebasan), dan gaya
               permissive-neglectful  (kurang  kawalan-lebih  kebebasan).  Manakala  Hamsari  et.al  (2012),

               juga mengelaskan empat gaya keibubapaan iaitu autoritatif, autoritarian, permisif-responsif
               dan permisif-mengabaikan

                       Gaya didikan ibu bapa yang lebih autoritarian dikatakan boleh memberi kesan negatif

               kepada  pencapaian  anak-anak.  Sikap  ibu  bapa  yang  terlalu  keras  dan  mendesak  boleh
               menyebabkan pencapaian anak-anak semakin merosot. Sikap mendominasi dan berkuasa
               ibu bapa, mengkehendakkan anak-anak untuk mematuhi peraturan dan menerima keputusan

               ibu bapa. Anak-anak akan lebih bergantung kepada keputusan ibu bapa, kurang keyakinan

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1092
   1105   1106   1107   1108   1109   1110   1111   1112   1113   1114   1115