Page 1113 - e Prosiding Serai 2021
P. 1113
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan permisif. Gaya didikan
permisif ibu bapa tahap dua di sekolah ini menunjukkan skor setuju tidak melepasi 30% untuk
lima item yang dinilai dalam kategori ini. Item 7 “Saya memberi kebebasan untuk anak saya
bertindak” mencatat skor sebanyak 28.7%. Manakala item 8 “Saya membiarkan anak saya
menonton televisyen dan bermain dengan gajetnya” menunjukan bacaan sebanyak 9.6% dan
item 10 “Anak saya tidak mendengar arahan saya” menunjukkan bacaaan 7.0%. Seterusnya
item 9 “Saya tidak marah anak saya jika dia tidak melaksanakan tugasan yang diberi” dan
item 6 “Saya tidak kisah sama ada anak saya menghantar tugasnya atau tidak” skor dapatan
adalah sebanyak 6.0% dan 1.7% sahaja.
Rumusan yang boleh dibuat adalah ibu bapa di sini percaya gaya didikan permisif tidak
akan berjaya melahirkan anak-anak yang berminat terhadap perkembangan akademik.
Jadual 3 : Gaya Didikan Autoritatif
Maklumbalas Ibu Bapa
Bil Soalan
Setuju Tidak Setuju
11. Sebelum melaksanakan tugasan , saya akan
mengajar terlebih dahulu anak saya tentang tugasan 91.3 8.7
yang diberi oleh guru.
12. Saya mengajar mana-mana bahagian yang tidak
difahami tentang tugasan yang diberikan 98.3 1.7
13. Menasihati supaya anak saya melaksanakan 99.1 0.9
tugasan yang diberi oleh guru sebaik mungkin
14. Menerapkan nilai-nilai yang baik daripada
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang 100 0
dilaksanakan
15. Selalu memotivasikan anak supaya tidak cepat
putus asa dalam menyelesaikan tugasan yang diberi 100 0
Jadual 3 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan autoritatif. Semua item
dalam kategori autoritatif menunjukan skor yang tinggi antara 91.3% hingga 100%. Jelas
menggambarkan dalam kajian ini, ibu bapa murid tahap dua di sini mengamalkan gaya didikan
autoritatif.
Apakah masalah ibu bapa terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara
dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Walaupun dapatan menunjukkan kebanyakan ibu bapa lebih memilih untuk mengamalkan
gaya didikan autoritatif, tetapi usaha ibu bapa ini dikekang dengan beberapa masalah untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Melalui carta pai di bawah
masalah-masalah yang dialami oleh ibu bapa di sini dapat dikategorikan kepada 7 jenis
masalah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1095

