Page 1148 - e Prosiding Serai 2021
P. 1148
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penonton, dan beliau juga tidak pasti intonasi yang sesuai apabila melakukan rakaman
lakonan secara sendirian.
Kerjasama Pasukan
Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.82 dalam memupuk
kerjasama pasukan semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini
disokong oleh dapatan kualitatif yang menyatakan bahawa mereka mampu memupuk nilai
kerjasama semasa melakukan persediaan serta pementasan drama secara dalam talian
dengan berbincang dan membahagikan tugasan bagi menghasilkan satu rakaman video yang
baik dan berkualiti. Siswa guru juga menyatakan mereka mengetahui kelebihan dan
kemahiran ahli pasukan ketika mereka melakukan tugasan bersama. Dapatan ini turut
disokong oleh Lin (2015) yang melaporkan drama mampu memupuk kerjasama pasukan.
Walau bagaimanapun, disebabkan ahli kumpulan tidak dapat berkumpul bersama dan
terpaksa merakam video secara berasingan, tidak wujud kerjasama antara sebahagian
mereka dalam penghasilan drama.
Memupuk Kreativiti
Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.62 dalam memupuk
kreativiti semasa melakukan pementasan drama dalam talian. Dapatan ini seiring dengan
kajian Davis dan Behn (1978) yang melaporkan drama mampu membina kreativiti pelajar.
Data ini juga disokong oleh dapatan kualitatif yang menunjukkan bahawa siswa guru mampu
untuk memupuk nilai kreativiti semasa melakukan persediaan serta pementasan drama
secara dalam talian seperti mempelajari cara menyunting video persembahan kumpulan
mereka. Siswa guru juga berjaya menerokai aplikasi-aplikasi baharu yang
membolehkan mereka menyunting video kumpulan mereka dengan lebih kreatif serta
berkualiti. Siswa guru juga mengatakan bahawa mereka dapat mempelajari cara membuat
kostum serta menyediakan peralatan untuk watak yang mereka perlu lakonkan. Namun
begitu, terdapat sebilangan siswa guru yang tidak bersetuju bahawa pementasan drama
secara dalam talian dapat memupuk kreativiti mereka kerana mereka terpaksa merakam dan
menyunting video secara berasingan. Oleh yang demikian, hasil rakaman yang telah disunting
tidak memuaskan hati mereka kerana tidak mencapai tahap kreativiti yang mereka harapkan.
Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pementasan Drama Dalam Talian
Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan min bagi tahap kepuasan pelaksanaan pementasan
drama secara dalam dalam talian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1130

