Page 1145 - e Prosiding Serai 2021
P. 1145

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               masing-masing.  Namun, ketika  persembahan  berlangsung, mereka  perlu memakai  pelitup
               muka  dan  memastikan  sebutan  mereka  jelas  dan  mengekalkan  penjarakan  sosial  bagi

               mengekang wabak COVID-19. Dengan memakai pelitup muka, pelajar menyatakan mereka
               tidak perlu risau tentang ekspresi muka yang mereka lakukan ketika berlakon. Mereka juga
               dapat menghilangkan rasa gemuruh ketika berada di hadapan khalayak ramai dan ini secara

               tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
                       Kesimpulannya,  kajian  lepas  mendapati  terdapat  cabaran  dan  kebaikan  dalam

               melaksanakan kelas dan pementasan drama secara dalam talian. Namun, impak pementasan
               drama sama ada secara dalam talian atau fizikal tidak dapat dinafikan memberi kesan yang
               positif dalam diri pelajar.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian.

               Satu tinjauan telah dibuat melalui Google Form telah dilaksanakan bagi mengumpul dapatan
               kajian.  Tinjauan  itu  mengandungi  empat  bahagian  iaitu  Bahagian  A  mengumpul  data

               demografi responden, Bahagian B mempunyai 17 pernyataan yang mengaplikasikan 5 skala
               Likert untuk mengetahui min keberkesanan pelaksanaan pementasan drama secara dalam
               talian  dan  tahap  kepuasan  responden  dalam  melaksanakan  pementasan  drama  Kursus

               TSL1064  secara  dalam  talian.  Manakala  Bahagian  C  mengumpul  dapatan  kesanggupan
               responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan

               datang  dan  Bahagian  D  mengandungi  satu  soalan  subjektif  yang  mengumpul  dapatan
               kualitatif  untuk  menyokong  dapatan  kuantitatif  kajian  ini.  Pemilihan  sampel  bagi  kajian  ini
               adalah berdasarkan Jadual Persampelan Krecjie dan Morgan (1970) yang mencadangkan

               kajian  ini  mempunyai  50  orang  sampel  bagi  jumlah  populasi  (N  =  57).  Sampel  kajian
               merupakan  siswa  guru  Persediaan  Kursus  Pengajaran  Bahasa  Inggeris  sebagai  Bahasa
               Kedua (TESL) yang menuntut di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail ambilan Jun 2020.

                       Dapatan  data  bagi  Bahagian  A  iaitu  data  demografi  dan  data  Bahagian  C  iaitu
               kesanggupan responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian untuk
               semester akan datang dianalisis secara statistik deskriptif dibantu perisian Statistical Package

               for Social Science (SPSS) versi 26 dengan mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Data
               Bahagian  B  yang  mengumpul  dapatan  keberkesanan  pelaksanaan  pementasan  drama

               Kursus TSL1064 secara dalam talian dan tahap kepuasan responden dalam melaksanakan
               pementasan  drama  Kursus  TSL1064  secara  dalam  talian  juga  dianalisis  secara  statistik
               dibantu perisian yang sama bagi mendapat nilai min. Manakala, data Bahagian D dianalisis

               menggunakan teknik pengekodan bertema untuk menyokong dapatan B.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1127
   1140   1141   1142   1143   1144   1145   1146   1147   1148   1149   1150