Page 1150 - e Prosiding Serai 2021
P. 1150
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
intonasi yang tepat dan mendalami watak di dalam persembahan drama secara dalam talian.
Di samping itu, mereka juga dapat menyerlahkan bakat ataupun potensi dalam bidang
lakonan secara dalam talian melalui kursus ini. Namun begitu, terdapat juga siswa guru yang
menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan teknik-teknik drama secara dalam talian ini
disebabkan oleh ketiadaan penonton yang telah menjejaskan mereka untuk mendalami dan
menghayati watak masing-masing dengan lebih baik.
Aplikasi Kandungan Kursus TSL1064
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.74 dalam tahap kepuasan
mengaplikasikan kandungan Kursus TSL 1064. Ini menunjukkan responden berpuas hati
dapat mengaplikasikan ilmu kandungan kursus ini semasa melakukan pementasan drama
secara dalam talian. Dapatan ini disokong dengan dapatan kualitatif yang menyatakan
responden masih dapat mempraktikkan ilmu lakonan yang dipelajari dalam kandungan
kursus TSL1064.
Hasil Pementasan Drama Dalam Talian
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.40 dalam tahap kepuasan hasil
pementasan drama dalam talian yang mereka lakukan. Hal ini disokong dengan dapatan
kualitatif yang merekodkan siswa guru sangat berpuas hati dengan hasil pementasan drama
kerana dapat melakukan persediaan rapi sebelum rakaman dilakukan. Siswa guru
mengatakan bahawa mereka berasa tidak tertekan untuk melakukan persediaan seperti
menghafal skrip dan melakukan raptai kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa
sahaja. Oleh itu, mereka dapat menyempurnakan tugasan pementasan dengan jayanya dan
rata-rata siswa guru berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka lakukan. Namun begitu,
kebanyakan siswa guru berharap agar pementasan dapat dilakukan secara fizikal agar dapat
mengaplikasikan ilmu dan teknik pementasan drama secara bersemuka dan mereka dapat
menimba pengalaman pementasan drama yang sebenar.
Kesediaan Meneruskan Pementasan Secara Dalam Talian
Jadual 5 di bawah menunjukkan peratus kesanggupan responden untuk meneruskan
pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan datang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1132

