Page 1143 - e Prosiding Serai 2021
P. 1143

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia. Bidang pendidikan tidak

               terkecuali telah terjejas dan pandemik telah mengubah lanskap pengajaran dan pembelajaran
               daripada teknik fizikal kepada teknik maya atau dalam  talian. Kursus Drama dalam Bahasa

               Inggeris  (Drama  in  English  TSL1064)  adalah  salah  satu  kursus  yang  ditawarkan  dan
               diwajibkan  kepada  semua  siswa  guru  Program  Persediaan  Pengajaran  Bahasa  Inggeris
               Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Objektif Kursus

               TSL1064 ini ditawarkan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama
               kumpulan siswa guru.
                       Salah satu kerja kursus bagi subjek TSL1064 memerlukan siswa guru melaksanakan

               pementasan  drama  seperti  yang  dicatatkan  dalam  Ringkasan  Maklumat  Kursus  (IPGM,
               2016).  Namun,  pandemik  yang  melanda  telah  mengubah  cara  pelaksanaan  kerja  kursus
               tersebut  kepada  dalam  talian  di  mana  siswa  guru  perlu  berlakon  dan  merakam  lakonan

               mereka walaupun mereka tidak berada di satu tempat fizikal atau pentas yang sama. Menurut
               Mohammed Jasim (2015), penonton dan pentas merupakan salah satu elemen drama. Pentas

               merupakan tempat di mana watak melakonkan drama dan penonton akan menerima kesan
               daripada  hasil  pementasan  yang  dilakonkan  oleh  watak  dalam  drama berkenaan  semasa
               menonton  pementasan.  Namun,  elemen  pentas  dan  penonton  ini  tidak  dapat  diterapkan

               dalam  kerja  kursus  ini  bagi  mengekang  penularan  wabak  COVID-19.  Oleh  itu,  kajian  ini
               berhasrat  untuk  mengkaji  keberkesanan  pementasan  drama  secara  dalam  talian,  tahap

               kepuasan Siswa Guru PPISMP TESL ambilan Jun 2020 dalam melaksanakan pementasan
               salah  satu  kerja  kursus  drama  TSL1064  secara  dalam  talian  dan  kesediaan  meneruskan
               pementasan drama secara dalam talian untuk kursus akan datang.


               SOROTAN LITERATUR

               Kebaikan Pementasan Drama Secara Umum


               Penyelidikan yang lepas telah membuktikan bahawa drama memberikan kebaikan kepada

               pelajar. Antaranya adalah drama dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar. Menurut Ashton-
               Hay (2005), melalui aktiviti drama pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam perbualan
               dengan  menggunakan  ritma  bahasa,  ekspresi,  intonasi,  dan  sebutan  yang  betul.  Fuentes

               (2010) pula menyatakan bahawa drama dalam bilik darjah menyumbang meningkatkan tahap
               keyakinan pelajar untuk bercakap. Drama dapat menolong pelajar yang pemalu dan mereka
               bersembunyi  disebalik  karektor  yang  dibawa  semasa  mereka  membuat  persembahan.

                       Aktiviti drama juga dapat menggalakkan pelajar untuk bekerja bersama. Lin (2015)
               menyatakan  bahawa  selain  daripada  mendapat  pengalaman  bermakna  melalui  karektor,



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1125
   1138   1139   1140   1141   1142   1143   1144   1145   1146   1147   1148