Page 1227 - e Prosiding Serai 2021
P. 1227

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menangani  kesan  globalisasi  dan  perkembangan  masyarakat  dan  ekonomi  pengetahuan
               (Madalinska-Michalak & Bavli, 2018; Palmer et. al., 2016). Rintangan yang sama juga berlaku

               di Malaysia. Tiga tema utama berkaitan isu dalam pelaksanaan DLP telah dijelmakan iaitu
               kemahiran  bahasa  pelajar  dan  guru  yang  lemah  serta  kekurangan  bahan  dan  sumber.
               Responden memaklumkan bahawa pelajar masih dalam proses menyesuaikan diri dengan

               persekitaran baru pembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris. Malah,
               mereka yang mempunyai kompetensi rendah akan menghadapi kesukaran dalam mengikuti

               pelajaran.  Responden  menyatakan  ‘Masalah  ini  amat  ketara  dalam  pembelajaran  sains.
               Pengetahuan asas pelajar bahasa Inggeris lemah dan istilah sains telah bertukar ’. Selain itu,
               ‘ Pelajar dari sekolah berdekatan belajar dalam bahasa Melayu. Apabila mereka datang ke

               sekolah ini, mereka menghadapi masalah terutamanya dalam sains kerana mereka harus
               menerangkan dalam Bahasa Inggeris. Memandangkan pelajar-pelajar ini telah belajar sains

               dan  matematik  dalam  bahasa  Melayu  atau  Cina  di  sekolah  rendah,  kesukaran  dalam
               peralihan bahasa Inggeris, terutamanya dalam subjek sains tidak dapat dielakkan.


                       Penguasaan  Bahasa  Inggeris  guru  yang  lemah  juga  menjadi  penghalang  dalam
               menjayakan program ini. Sesetengah sekolah cenderung memilih guru  berpengalaman untuk
               mengajar dalam program ini walaupun mereka tidak mahir dalam bahasa Inggeris.  Terdapat

               juga guru-guru yang baharu dilantik tidak diberi pendedahan awal sains dan matematik dalam
               bahasa Inggeris. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana mereka tidak diberi latihan
               atau  bimbingan  untuk  meningkatkan  penguasaan  bahasa  mereka.  Perbincangan  kedua

               menunjukkan bahawa … ‘dari segi kecekapan guru, saya tidak memenuhi standard. Kami
               tahu  bahawa  penguasaan  bahasa  kami  tidak memenuhi  standard.  Oleh  itu,  penyampaian

               kandungan kami agak terhad kerana kekangan bahasa’. Keadaan ini secara tidak langsung
               menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru menghadapi kesukaran
               dalam  bahasa  Inggeris.  Responden  menegaskan  bahawa  mereka  kerap  merujuk  guru

               Bahasa Inggeris dalam memahami kandungan pelajaran, menyediakan bahan pengajaran
               dan menggubal soalan peperiksaan.


                       Pelaksanaan program juga dipengaruhi oleh akses bahan dan sumber seperti buku
               teks, buku rujukan dan bahan pengajaran lain. Dalam perkara ini, bekalan buku teks yang
               tidak mencukupi dan diterima lambat menjadi salah satu masalah utama. Kekurangan sumber

               rujukan berkualiti di pasaran juga menambahkan kesulitan. Seorang responden menegaskan
               bahawa 'bahan rujukan yang terhad dalam bahasa Inggeris di kedai buku menambah kepada

               permasalahan pelaksanaan DLP'. Seorang lagi responden menyatakan 'hanya sedikit bahan
               rujukan tersedia di pasaran,. Oleh itu, saya kerap menggunakan Internet untuk mencari dan
               berkongsi  bahan  tersebut  melalui  Telegram  dan  Whatsapp’.    Responden  menyuarakan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1209
   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228   1229   1230   1231   1232