Page 1223 - e Prosiding Serai 2021
P. 1223

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menggunakan kedua-dua  bahasa  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran,  manakala  DLP  di
               Malaysia menggunapakai satu bahasa sahaja dalam proses pembelajaran.


                       Beberapa  kajian  telah  dijalankan  berdasarkan  perspektif  guru  yang  terlibat  dalam
               program DLP. Unting dan Yamat (2017) mendedahkan bahawa kekurangan sokongan dan

               bimbingan kepada guru adalah cabaran utama dalam pelaksanaan program DLP.  Kajian
               Bullah  dan  Yunus  (2019)  pula  mendapati  guru  DLP  di  kawasan  bandar  bersikap  positif

               terhadap  pelaksanaan  DLP,  namun  gusar  dengan  kekurangan  kemudahan  dan  sumber.
               Shamsudin,  Abdullah  dan  Noh  (2018)  pula  mendedahkan  kesediaan  guru  terhadap
               perlaksanaan  DLP  adalah  pada  tahap  sederhana  dari  segi  kemahiran,  pengetahuan  dan

               minat. Untuk itu, peranan guru dalam memastikan kelancaran pelaksanaan DLP perlu dikaji.
               Malah, keperluan pendidikan guru perlu ditinjau kerana setiap reformasi pendidikan memberi

               harapan baru kepada guru (Madalinska-Michalak & Bavli, 2018). Berdasarkan permasalahan
               di atas, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman guru dalam pelaksanaan DLP dan
               mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program DLP.


               SOROTAN LITERATUR

               Perlaksanaan  DLP  amat  digalakkan  kerana  ia  mempunyai  banyak  manfaat  positif.    DLP

               membantu  perkembangan  bahasa,  memupuk  keseronokan  dan  pemikiran  positif,
               meningkatkan kemenjadian serta pencapaian akademik pelajar (Hamman, 2018; Lindholm-

               Leary, 2016; Li et al., 2016; Jong, 2016; Lee & Jeong, 2013; Thomas & Collier, 2012). Program
               ini  mewujudkan  persekitaran  pembelajaran  dwibahasa  yang  menyokong  perkembangan
               bahasa ibunda dan bahasa sasaran yang seimbang berdasarkan program, tahap kurikulum

               dan instruksional (Jong & Bearse, 2014). Freeman (1996) dan Lindholm-Leary dan Howard
               (2008)  berpandangan  DLP  dapat  membina  kemahiran  bahasa  kedua  di  samping
               mengekalkan kefasihan dalam bahasa pertama. Sebilangan besar DLP melibatkan bahasa

               Inggeris sebagai bahasa sasaran. Pendekatan ini disebabkan oleh pengaruh Bahasa Inggeris
               sebagai bahasa global dan di Malaysia, Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran wajib dalam
               kurikulum pendidikan kebangsaan (Azman, 2016; Shah & Ahmad, 2007).

                       Guru berperanan memastikan keberkesanan perlaksanaan DLP. Menurut Lindholm-
               Leary (2012), kekurangan guru yang berkelayakan dan berkebolehan adalah cabaran utama

               dalam banyak program imersif DLP. Oleh itu, guru yang terlibat dalam program ini harus mahir
               dalam kedua-dua bahasa. Menurut Palmer dan Henderson (2016), guru tidak terlibat secara
               langsung  dalam membuat keputusan mengenai perlaksanaan DLP di Amerika Syarikat dan

               mereka menerima sokongan  yang terhad dalam perlaksanaannya. Guru juga diharapkan
               dapat menampung input bahasa kedua dengan menggunakan pelbagai strategi yang dapat



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1205
   1218   1219   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228