Page 1226 - e Prosiding Serai 2021
P. 1226
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tinggi bagi kemahiran reseptif (mendengar dan membaca). Kebanyakan responden dalam
kumpulan sains berkeyakinan tinggi terhadap kemahiran mendengar tetapi lemah dalam
tatabahasa. Responden kumpulan matematik pula mencatatkan kemahiran membaca yang
tinggi manakala kemahiran tatabahasa yang rendah. Ini mungkin kerana subjek matematik
lebih banyak memfokuskan kepada aspek pengiraan berbanding aspek bahasa.
Walaupun kebanyakan item dalam konstruk keyakinan guru mencapai respon positif,
lebih ramai responden dalam kumpulan sains mendedahkan bahawa mereka kurang selesa
mengajar dalam bahasa Inggeris berbanding kumpulan matematik. Dapatan ini mungkin
berkait rapat dengan tahap keyakinan guru seperti yang diajukan dalam persoalan terbuka.
Responden tidak selesa dan kurang yakin dengan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, lebih
ramai responden dalam kumpulan matematik memilih untuk mengajar dalam dwibahasa
berbanding responden dalam kumpulan sains. Perkara ini diperkukuh apabila 73% guru
mengajar menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu walaupun strategi
dwibahasa tidak digalakkan dalam program ini. Seterusnya, skor min bagi kumpulan sains
adalah lebih tinggi daripada kumpulan matematik yang menunjukkan bahawa guru sains
memerlukan lebih banyak sokongan dan bimbingan untuk meningkatkan tahap keyakinan
mereka dalam program ini. Satu lagi isu penting ialah kesediaan responden untuk mengajar
dalam bahasa Inggeris. 21% responden menyatakan bahawa mereka belum bersedia untuk
melaksanakan DLP. Sehubungan dengan itu, tindakan proaktif haruslah diambil dalam
menangani isu ini. Ini adalah kerana proses pengajaran akan terjejas jika guru kurang
keyakinan.
Kajian ini juga mengkaji respon pelajar terhadap DLP dari perspektif guru. Semua
item dalam konstruk ini menunjukkan bahawa pelajar dilihat sederhana positif, kecuali item
‘Prestasi pelajar saya meningkat sejak mereka belajar Sains / Matematik dalam Bahasa
Inggeris’ . Selain itu, tiada item yang mencapai tahap persetujuan 80%. Seperti yang
dibincangkan sebelum ini, pelajar meminta guru mengajar menggunakan kedua-dua bahasa.
Item terakhir pula menggambarkan persepsi negatif kedua-dua kumpulan apabila 52%
responden mendedahkan prestasi pelajar mereka menurun sejak mengikuti program ini.
Secara keseluruhan, kedua-dua kumpulan mempunyai persepsi yang hampir sama terhadap
pelaksanaan program DLP dan respon tertentu menggambarkan perbezaan dimana
responden kumpulan matematik mempunyai tanggapan yang lebih tinggi berbanding
kumpulan sains.
Tidak dinafikan bahawa guru berhadapan banyak rintangan dalam membawa
perubahan drastik melibatkan struktur, fungsi dan matlamat program dwibahasa, serta
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1208

