Page 1225 - e Prosiding Serai 2021
P. 1225

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               20  item  dalam  soal  selidik  yang  meliputi  empat  bahagian,    profil  demografi  responden,
               kemahiran berbahasa, keyakinan diri dan respon pelajar terhadap DLP. Sebuah kajian rintis

               telah  dijalankan  melibatkan  30  orang  guru  DLP  yang  mengajar  di  beberapa  sekolah
               menengah. Ujian kebolehpercayaan menghasilkan nilai Cronbach Alpha yang menunjukkan
               tahap  kebolehpercayaan  instrumen.  Dalam  perbincangan  kumpulan  berfokus,  peserta

               membincangkan  (1)  pendapat  mereka  mengenai  program  ini  dan  (2)  cabaran  dalam
               pengajaran  sains  dan  matematik  dalam  bahasa  Inggeris.  Soalan-soalan  ini  diolah  untuk

               mendapatkan pendapat responden dan menyokong dapatan soal selidik.


                       Sampel kajian ini terdiri daripada guru sains dan matematik DLP. Responden adalah
               guru DLP sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Menurut data Kementerian Pendidikan
               Malaysia, terdapat kira-kira 4 015 guru DLP yang mengajar sains dan matematik di seluruh

               negara. Untuk kajian ini, 435 responden telah dipilih dari seluruh negara. Hasil soal selidik
               telah dianalisis menggunakan perisian statistik. Berdasarkan reka bentuk kajian tinjauan, data

               dianalisis  menggunakan  statistik  deskriptif  yang  melibatkan frekuensi,  peratusan  dan  min.
               Pengkaji juga menjalankan ujian-t sampel tidak bersandar untuk mengenal pasti perbezaan
               yang  signifikan  antara  kumpulan  responden  (guru  sains  dan  matematik).  Bagi  ketiga-tiga

               konstruk, skor min dibahagikan empat kategori (sangat negatif, negatif, positif dan sangat
               positif).


                       Perbincangan kumpulan berfokus dijalankan dengan enam kumpulan responden yang

               terdiri daripada dua orang guru sains dan dua orang guru matematik. Rakaman sesi tersebut
               telah ditranskripsi dan dikongsi dengan  setiap kumpulan untuk proses pengesahan. Selepas
               proses pengesahan dan pindaan, versi akhir setiap transkrip telah dianalisis untuk membina

               kod dan kategori. Kemudiannya, kod dan kategori ini telah dianalisis oleh dua orang yang
               penilai dalaman. Cohen's k juga dijalankan untuk mengira kesepakatan antara penilai. Pada

               akhirnya, tiga tema utama telah dikenal pasti untuk menentukan cabaran yang dihadapi oleh
               guru.


               HASIL KAJIAN

               Persepsi guru merangkumi tiga domain, kemahiran berbahasa, keyakinan diri, dan respon

               pelajar  terhadap  DLP.  Kajian  ini  membuat  perbandingan  antara  respon  guru  sains  dan
               matematik.  Responden  diminta  untuk  menilai  kemahiran  berbahasa  mereka  merangkumi
               empat  kemahiran  bahasa  utama,  pengetahuan  perbendaharaan  kata  dan  tatabahasa.

               Kemahiran-kemahiran  ini    penting  dalam  pengajaran  dalam  bahasa  sasaran.  Secara
               keseluruhan,  kemahiran  berbahasa  responden  dilihat  positif  walaupun  wujud  sedikit

               perbezaan antara guru sains dan matematik. Kedua-dua kumpulan merekodkan tahap yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1207
   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228   1229   1230