Page 1224 - e Prosiding Serai 2021
P. 1224
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
membantu proses pembelajaran bahasa (Jong, 2016) lanjutan daripada keberkesanan guru
dalam agenda pendidikan mempengaruhi pencapaian pelajar (Darling-Hammond, 2017).
Walaupun DLP adalah model pendidikan yang berkesan dalam meningkatkan
pencapaian akademik bahasa Inggeris pelajar (Thomas & Collier, 2012), guru menghadapi
cabaran dalam menyampaikan kandungan pembelajaran dan menyokong perkembangan
linguistik pelajar (Braden et al., 2016). Oleh itu, guru harus meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam menyampaikan pembelajaran yang bermakna. Mereka juga perlu
memberikan peneguhan positif untuk meningkatkan efikasi kendiri pelajar (Shamsudin,
Abdullah & Noh, 2018; Ngoc Truong & Wang, 2019). Dalam masa yang sama, penguasaan
linguistik guru adalah prasyarat utama untuk pengajaran berkualiti (Margic & Vodopija-
Krstanović, 2018). Keperluan ini menekankan peranan guru dalam program DLP yang
melibatkan aspek kandungan dan bahasa. Ini memberi cabaran kepada guru yang terlibat
dalam DLP.
Penekanan harus diberikan kepada program pembangunan bahasa untuk membantu
guru menghadapi cabaran dalam penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dan memastikan kualiti pengajaran terjaga (Margic & Vodopija-Krstanović, 2018). Oleh itu,
dalam konteks pelaksanaan DLP Malaysia, adanya keperluan untuk memperkasa
pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Isu ini selalu dibincangkan di
negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di Afrika Selatan,
guru lebih cenderung menggunakan strategi dwibahasa berbanding menggunakan bahasa
Inggeris (Mokiwa & Msila, 2013). Mifsud dan Farrugia (2016) juga menemui trend yang sama
di Malta di mana guru mengamalkan pengalihan kod dalam pengajaran sains. Kajian Pun dan
Macaro (2019) serta Tavares (2015) dan Domingo (2016) juga melaporkan trend serupa di
Hong Kong dan Filipina. Kajian dalam konteks perlaksanaan PPSMI di Malaysia (Haron et
al., 2008; Yahaya et al. 2009; Chap & Presmeg 2011; Ishak, 2011) turut menyoroti isu
penggunaan strategi dwibahasa dalam pengajaran. Pun dan Macaro (2019) mendakwa
bahawa penggunaan bahasa pertama menghadkan pendedahan pelajar kepada bahasa
kedua sehingga menghalang perkembangan bahasa kedua. Cabaran lain yang diutarakan
dalam kajian-kajian tersebut termasuklah kesukaran pelajar memahami pelajaran dan tahap
kemahiran bahasa guru yang lemah.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kaedah gabungan. Kajian ini berorientasikan
kajian tinjauan di mana data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan
perbincangan kumpulan berfokus. Borang soal selidik kajian ini menggunakan skala Likert
empat mata dan diadaptasi dari kajian lepas (Tan 2006; Othman 2006; Tan 2009). Terdapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1206

