Page 147 - e Prosiding Serai 2021
P. 147
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sama. Menurut Aziz Z. & Bustam S. (2011), pencapaian akademik murid meningkat apabila
guru melaksanakan Pembelajaran Koperatif.
Kajian YM Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail (2018) membuktikan bahawa
kesediaan siswa guru dalam melaksanakan proses pdp PAK-21 masih pada tahap yang
kurang memuaskan. Konsep keseluruhan pdp PAK-21 masih kurang difahami dengan jelas
oleh siswa guru dari sudut perancangan dan pelaksanaannya. Kesediaan untuk mengajar
bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran siswa guru. Bakal guru memerlukan
bimbingan dan latihan yang mantap sebelum mendepani bidang perguruan di sekolah kelak.
Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad Ke-21
Guru memainkan peranan utama dalam menentukan impak implementasi pendidikan baharu
seperti pendidikan abad ke-21.Berdasarkan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad
ke-21 (Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad, 2017), kearifan profesional
guru yang diperolehi melalui refleksi, pengetahuan konteks dan pengetahuan praktikal
menjadi tunjang utama pelaksanaan Pembelajaran Koperatif. Ini bermakna, pengetahuan dan
kemahiran adalah aspek penting untuk melahirkan siswa guru yang memiliki tahap kesediaan
mantap untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains.
Dalam model ini juga, Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah paling penting bagi
menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid.
Oleh itu, siswa guru seharusnya tahu dan mahir merancang dan melaksanakan
Pembelajaran Koperatif mengikut tujuan dan objektif pembelajaran berdasarkan prinsip-
prinsip yang digariskan dalam strategi koperatif seperti bergantungan secara positif (Positive
Independence), akauntabiliti individu (Individual Accountability), penglibatan seimbang (Equal
Participation) dan interaksi bersemuka (Simultaneous Interaction). Siswa guru perlu tahu
tentang prinsip yang menjadi asas Pembelajaran Koperatif seterusnya bijak
melaksanakannya di bilik darjah.Terdapat lebih daripada 50 contoh aktiviti berstruktur strategi
koperatif yang boleh digunakan oleh siswa guru termasuklah aktiviti roundtable, student
teams-achievement divisions, think-pair-share, JIGSAW, numbered heads together, tea party
dan sebagainya (Amanda Zezima, 2017). Keupayaan siswa guru melaksanakan
Pembelajaran Koperatif mengikut mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 129

