Page 148 - e Prosiding Serai 2021
P. 148

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               Kerangka Konseptual Kajian























                                         Rajah 2.2: Kerangka Konseptual Kajian


                   Kerangka  konseptual  kajian  memberikan  gambaran  secara  keseluruhan  dengan  jelas
               mengenai  apa  yang  dikaji.  Bryant  (1974)  berpendapat  pengetahuan  dan  kemahiran

               merupakan faktor terbesar yang menjadi penyumbang dan berpengaruh untuk meningkatkan
               keberkesanan  dan  kualiti  sistem  pendidikan.  Justeru,  perkara  ini  juga  diambil  kira  oleh

               pengkaji  sebagai  asas  pembinaan  kerangka  konseptual  kajian  untuk  mengkaji  tahap
               kesediaan  siswa  guru  Sains  terhadap  pelaksanaan  Pembelajaran  Koperatif  dalam  mata
               pelajaran Sains di sekolah rendah.



               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian  tinjauan  berbentuk  kuantitatif  deskriptif  menggunakan  borang  soal  selidik  sebagai
               instrumen kajian. Teknik persampelan ialah persampelan rawak mudah. Borang soal selidik
               diagihkan kepada populasi kajian yang terdiri daripada 223 orang siswa guru pengkhususan

               major  dan  minor  Sains Program Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  daripada  4  buah  Institut
               Pendidikan Guru Kampus termasuklah IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Pulau Pinang, IPGK

               Batu Lintang dan IPGK Kent. Seramai 143 orang siswa guru dipilih untuk dijadikan sampel
               menggunakan jadual Krejchie & Morgan (1970).


                       Instrumen  soal  selidik  dibahagikan  kepada  tiga  bahagian  termasuklah  Bahagian  A
               mengandungi butiran demografi responden, manakala Bahagian B dan C berkenaan konstruk
               yang ingin dikaji seperti tahap kesediaan siswa guru IPG terhadap pelaksanaan Pembelajaran

               Koperatif  dalam  mata  pelajaran  Sains  dari segi  pengetahuan  dan kemahiran.  Soal selidik
               menggunakan skala likert 5 mata.


                       Kajian  rintis  dilaksanakan  sebelum  kajian  sebenar.  Responden  kajian  rintis  ialah
               seramai 32 yang diwakili oleh siswa guru major dan minor Sains dari IPGK Temenggung

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                130
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153