Page 146 - e Prosiding Serai 2021
P. 146
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Malaysia meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan untuk menjadi
sebuah negara maju yang mampu mendepani cabaran serta menyediakan masyarakat watan
yang produktif. Untuk melahirkan golongan muda yang berkompeten dan berdaya saing,
sistem pendidikan perlu membekalkan siswa guru yang bersedia daripada aspek
pengetahuan, nilai-nilai kemanusiaan dan kemahiran khusus. Sistem pendidikan Malaysia
memastikan siswa guru diberikan didikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah
menyasarkan pembentukan insan beridentiti nasional dengan menyemai kemahiran pasaran
pekerjaan semasa termasuklah kemahiran abad ke-21.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkasa pengajaran dan pembelajaran
yang menekankan kemahiran abad ke-21 (PAK-21) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) (2013-2015) dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Pembelajaran
Koperatif sesuai diaplikasikan dalam pdp era kini kerana dapat membekalkan situasi
pembelajaran bermakna serta menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam pelajaran.
Pembelajaran koperatif bukan sahaja kaedah pengajaran yang terbaik untuk guru
menyampaikan input dan isi pelajaran, bahkan boleh menambah kemahiran interpersonal,
kemahiran kepimpinan, kerjasama pasukan, self-confidence dan KBAT murid.
Untuk itu, sebagai penggerak dan pelaksana dasar pendidikan yang dicita-citakan
kerajaan, guru memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan pendidikan era baharu.
Guru perlu bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
membentuk generasi cemerlang. Persediaan guru untuk menjalani pdp adalah amat penting,
oleh kerana kesan kesediaan guru memberi impak besar terhadap pembelajaran dan tahap
prestasi murid. Maka, tahap kesediaan guru boleh dilihat melalui tiga kriteria utama
termasuklah pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Jelaslah bahawa menjadi kewajipan
siswa guru untuk bersedia dan mempersiapkan diri dari segenap aspek dalam meningkatkan
kualiti dan mutu pendidikan Malaysia.
SOROTAN LITERATUR
Daripada tinjauan literasi, penggunaan kaedah konvesional dalam pengajaran mata pelajaran
Sains menjadikan suasana pembelajaran bosan dan jemu. Hasil daripada kesedaran ini,
revolusi dan reformasi kaedah pdp perlu dibuat dengan menghasilkan aktiviti pembelajaran
aktif yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri secara sepenuhnya semasa
interaksi di bilik darjah (Bhavani, S., 2017). Pembelajaran Koperatif merupakan pendekatan
yang mengaplikasikan gerak kerja secara berkumpulan (Rohani Arbaa, Hazri Jamil &
Mohammad Zohir Ahmad, 2017). Pengaplikasian Pembelajaran Koperatif membolehkan
murid berkongsi pendapat dengan saling melakukan tugasan untuk mencapai tujuan yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 128

