Page 22 - e Prosiding Serai 2021
P. 22
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
eTIMSS pula, purata skor mata pelajaran Sains ialah 460 iaitu 11 mata lebih rendah
berbanding TIMSS 2015.
Bagi memastikan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid bagi mata pelajaran
Sains, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam merancang strategi
pembelajaran yang menarik. Kajian dari Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
(2011) mendapati hampir 70% guru menyampaikan isi pengajaran pada tahap pemikiran aras
rendah dalam Taksanomi Bloom iaitu pada tahap pengetahuan sahaja. Guru kurang
menggunakan teknik penyoalan beraras tinggi serta cenderung menggunakan strategi
pengajaran berpusatkan guru (Nurliyana Abdul Halim, 2016).
Pendekatan IBSE merupakan salah satu alternatif yang perlu dilaksanakan oleh guru
dalam PdP bagi membantu murid untuk memahami konsep sains, mengembangkan
kemahiran saintifik sekali gus membentuk sikap serta meningkatkan pencapaian dalam sains
(Holloway, 2015). Persoalannya, adakah guru sebagai pelaksana mengetahui dan bersedia
untuk menerapkan pendekatan IBSE dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di
sekolah? Menurut Capps dan Crawford (2014) pengetahuan guru yang rendah dalam IBSE
serta kurangnya pendedahan mengenai kaedah pelaksaannya menjadi salah satu punca guru
tidak menerapkan IBSE dalam PdP. Sering kali perubahan dalam pendidikan telah gagal
disebabkan kurangnya perhatian diberikan kepada aspek pelaksanaan, khususnya keperluan
para pelaksana iaitu guru (Wearmouth, Edwards & Richmond, 2015).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Sains dalam aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap terhadap pelaksanaan pendekatan IBSE.
2. Mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan guru pelatih Sains dengan tahap
pelaksanaan pendekatan IBSE dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains
semasa praktikum.
Kajian ini bertujuan menjawab soalan yang berikut:
1. Apakah tahap kesediaan guru pelatih Sains dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap terhadap pelaksanaan pendekatan IBSE?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru pelatih Sains
terhadap pendekatan IBSE dengan tahap pelaksanaan pendekatan IBSE dalam proses
pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum?
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 4

