Page 182 - e Prosiding Serai 2021
P. 182
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Reka bentuk Kajian Kecenderungan Gaya Pembelajaran Pelajar PISMP IPGKSM
Reka bentuk kajian MIZANIS SoL adalah untuk mengenalpasti kecenderungan jenis gaya
pembelajaran pelajar PISMP IPGKSM. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang
diadaptasi daripada soal selidik kajian Aznida (2016). Kajian ini melibatkan 222 orang pelajar
PISMP IPGKSM. Data dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package
for Social Sciences (SPSS).
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Dapatan Kajian Pembangunan Aplikasi MIZANIS SoL
Reka bentuk antara muka MIZANIS SoL mempunyai beberapa modul utama iaitu Modul
Pengurusan Pelajar, Modul Pengurusan Pensyarah dan Modul Pengurusan Admin. Contoh
reka bentuk antaramuka utama dan paparan analisis gaya pembelajaran pelajar adalah
seperti rajah 3.
Rajah 3. Reka bentuk Antara Muka Modul dalam MIZANIS SoL
Dapatan Kajian Kecenderungan Gaya Pembelajaran Pelajar PISMP IPGKSM
Dapatan kajian yang dijalankan terhadap 222 orang pelajar PISMP IPGKSM berdasarkan
interpretasi min diadaptasi daripada kajian Jamil Ahmad (2002) yang membahagikan kepada
tiga tahap interpretasi seperti ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1: Interpretasi Min dan Tahap
Min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Adaptasi daripada Jamil Ahmad, (2002)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 164

