Page 240 - e Prosiding Serai 2021
P. 240
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini untuk memeriksa sama ada Sistem Silabik Irama Takateke dapat
1
digunakan untuk membantu siswa dalam penghasilan corak irama notasi muzik. Kajian ini
dilaksanakan terhadap siswa yang tiada asas muzik.
Eksperimen dilaksanakan untuk melihat:
1. Keberkesanan Sistem Silabik Irama Takateke terhadap penguasaan ketepatan irama,
2. Keberkesanan Sistem Silabik Irama Takateke terhadap penguasaan kestabilan detik.
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Skop kajian ini tertumpu pada pembelajaran aspek ketepatan irama dan kestabilan detik.
Penguasaan corak irama terhad kepada meter masa lazim, dan corak irama skor lagu pada
gred 1. Kajian ini terhad kepada tempo spesifik yang konsisten. Responden kajian terbatas di
kalangan siswa yang tiada asas muzik.
SOROTAN LITERATUR
Prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ yang diasaskan Pestalozzi menegaskan bahawa pembelajaran
berkesan dapat tercapai dengan baik melalui melihat, mendengar dan menyentuh (Abeles,
1995: 10-13). Pembelajaran bahasa yang dimulakan dengan sebutan sebelum mengenali
tulisan, menegaskan lagi prinsip ‘bunyi sebelum simbol’. Ini bermakna irama dapat dipelajari
dengan berkesan melalui sebutan terhadap simbol yang dilihat sebelum pembelajaran
penulisan notasi muzik.
Pelbagai sistem silabik irama dihasilkan lantaran prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ yang
mengaitkan sebutan dengan notasi muzik yang dilihat. Dalby (2005) menyatakan bahawa
kaedah ini dapat memberi hubugan antara domain visual dan aural, yang dapat membantu
dalam proses pembelajaran corak irama melalui ingatan.
Kestabilan detik merupakan kemahiran asas yang penting sebelum pembelajaran
permainan muzik dilanjutkan ke peringkat seterusnya (Warner, 1991). Kemahiran
pengesanan detik dapat dipelajari melalui gerakan berirama seperti tepukan tangan dan
hentakan kaki (Nolan, 2007; McCabe, 2004; Weikart, 2003; Rohwer, 1998). Pelajaran gerakan
berirama seumpama itu memerlukan slot pelaksanaan berasingan, dan ia pasti memakan
masa dalam usaha pembangunan ensembel muzik. Walau bagaimanapun, pengajaran
bersepadu menggabungkan dan momokuskan beberapa aspek pada sesuatu tema dapat
diaplikassikan untuk menyelesaikan kekangan masa sedemikian (Bennett 2010: 13). Ia dapat
mendekatkan hubungan kemahiran-kemahiran dan mewujudkan suatu pembelajaran
bermakna (Goodlad dan Su, 1992: 330).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 222

