Page 239 - e Prosiding Serai 2021
P. 239

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kata kunci: Sistem silabik irama, ketepatan irama, kestabilan detik, pembelajaran
               bersepadu


               PENGENALAN


               Sesi pengambilan ahli baharu ensembel muzik di institusi pendidikan tertiari lazimnya hanya
               terbuka kepada pelajar yang berpengalaman muzik. Setengah-tengah ensembel muzik pula
               melakasanakan  temuduga  pemilihan,  disebabkan  pelajar  berpengalaman  muzik  lebih

               mengenali  elemen-elemen  muzik.  Ini  bermakna  siswa  yang  tidak  berpengalaman  muzik
               dengan tahap tertentu, langsung tidak berpeluang untuk menyertai ensembel muzik tersebut.

               Pelajaran  muzik  cara  formal  memerlukan  pemahaman  terhadap  notasi  muzik.  Ketepatan
               irama dan kestabillan detik merupakan elemen-elemen muzik yang penting dalam setiap jenis

               ensembel muzik. Selain daripada ensembel muzik tradisional seperti gamelan dan orkes cina
               yang menggunakan sistem notasi nombor, ensembel muzik seperti orkestra  simfoni, wind

               orkestra  dan  pasukan  pancaragam  semua  menggunakan  sistem  notasi  muzik.  Maka
               keupayaan mengenali notasi muzik adalah penting.

               PERNYATAAN MASALAH

               Bentuk notasi muzik yang mewakili nilai bunyi ataupun kepanjangan hasilan bunyi tersebut,

               boleh diibaratkan bahasa asing bagi pelajar baharu dalam bidang muzik. Nilai hasilan bunyi
               yang  berpandukan  bentuk  notasi  muzik  menjadi  cabaran  bagi  kebanyakan  pelajar  untuk
               mendapatkan ketepatan irama, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang mempelajari alat muzik di

               peringkat permulaan, dan pelajar yang kurang berpengalaman dalam muzik.
                       Pembelajaran amali permainan alat muzik di peringkat tertiari biasa dilaksanakan bagi

               pembelajaran instrumen muzik kedua. Maka siswa yang tidak pernah mempelajari instrumen
               sebenarnya masih boleh diterima dan sempat untuk bermain instrumen muzik bersama dalam
               ensembel.  Apa  yang  penting  ialah  pemahaman  terhadap  bahasa  asing  tersebut.  Kaedah

               konvensional pembelajaran notasi muzik melalui teori muzik yang mengaitkan bentuk kepada
                                          3
                                     1
                                             1
                                        1
               nilai bunyi seperti nilai   ,  ,    1  dan sebagainya, serupa menjurus kepada kognitif matematik,
                                     2  4  4  2
               mengambil  masa  kepada  pelajar  yang  kurang  berkognitif  matematik.  Ia  pasti  akan
               melambatkan  program  ensembel  muzik  di  institusi  pendidikan  tertiari  sekiranya  diadakan
               pelajaran berasingan bagi siswa yang tidak mengenali notasi muzik.
                       Sungguhpun corak irama dapat dihasilkan, kestabilan detik tidak semestinya dapat

               dikecapi  dengan  baik. Ia  merupakan kemahiran  yang  memerlukan  pendengaran  terhadap
               tekanan  muzik.  Sudah  tentu  latihan  ensembel  muzik  akan  mengambil  masa  panjang
               sekiranya kemahiran memahami elemen muzik tersebut dilatih secara berasingan.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                221
   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244