Page 238 - e Prosiding Serai 2021
P. 238
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBELAJARAN IRAMA DENGAN SISTEM SILABIK IRAMA TAKATEKE
DI KALANGAN SISWA YANG TIADA ASAS MUZIK
Khor Aik Keong, Ph.D
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
akkhor@yahoo.com
ABSTRAK
Pembelajaran teori muzik biasanya bermula di peringkat muda. Maka kebanyakan pertubuhan
ensembel muzik di peringkat universiti dan institut pendidikan guru hanya menerima pelajar
yang mempunyai asas muzik. Siswa tiada asas muzik jarang berpeluang untuk menyertai
ensembel muzik di peringkat tertiari. Masalah ketidakseragaman corak irama dan masalah
konsisten tenpo sering terhasil akibat tiada pengetahuan asas terhadap nilai notasi muzik dan
elemen detik muzik. Sistem Silabik Irama Takateke merupakan suatu penyelesaian bagi siswa
yang tiada asas muzik untuk menyertai ensembel muzik di peringkat tertiari, iaitu tidak perlu
melalui pembelajaran asas teori muzik. Sistem Silabik Irama Takateke membolehkan pelajar
mengetahui corak irama melalui pembacaan silabik berpandukan bentuk simbol (notasi
muzik) yang dilihat. Penghasilan bunyi corak irama adalah diutamakan berbanding dengan
pengenalian nilai simbol secara teori. Kajian ini menerokai keupayaan sistem silabik Irama
Takateke yang mengintegrasikan pembelajaran ketepatan irama dan kestabilan detik secara
bersepadu. Keberkesanan gabungan pemahaman elemen di bawah satu sistem
pembelajaran menjadikan waktu pembelajaran dijimatkan. Enam puluh responden (N=60)
diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan. Intervensi lima minggu yang menggunakan
pendekatan yang berbeza terhadap sukatan pelajaran yang sama. Pendekatan Konvensional
yang memokuskan pengenalian nilai notasi muzik dijadikan kumpulan kawalan, manakala
pendekatan Sistem Silabik Irama Takateke sebagai kumpulan rawatan. Analisis kajian
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ketepatan irama dan kestabilan detik antara
kedua-dua kumpulan eksperimen selepas intervensi. Kumpulan Sistem Silabik Irama
Takateke mencatat peningkatan yang lebih tinggi bagi penguasaan kedua-dua kemahiran
tersebut. Analisis data ujian-t terhadap skor min ketepatan irama menunjukkan perbezaan
peningkatan skor min secara signifikan bagi kumpulan kawalan (M=21.2, SP=4.604) dan
kumpulan rawatan (M=49.25, SP=3.859). Begitu juga perbezaan skor min peningkatan
kestabilan detik secara signifikan bagi kumpulan kawalan (M=4.35, SP=4.604) dan kumpulan
rawatan (M=5.42, SP=1.872). Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan Sistem Silabik
Irama Takateke dalam pembelajaran muzik secara praktikal. Ia menjimatkan masa dan
senang dipelajari, malah pembelajaran lebih menyeluruh bermakna.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 220

