Page 254 - e Prosiding Serai 2021
P. 254
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perubahan yang terdapat pada penerimagunaan PPM. Dapatan ini selari dengan beberapa
kajian yang dilakukan oleh Baber (2021); Elkaseh et al. (2016); Qteishat et al., (2013).
Justeru, ketiga-tiga gabungan faktor ini penting dalam mempengaruhi PPM.
Selain itu, faktor persepsi mudah guna paling mempengaruhi PPM diterima dan diguna
2
apabila mencatatkan nilai saiz kesan yang besar (f = 0.56) dan mencatatkan nilai (β) =0.243,
t = 8.012, p < 0.05. Dalam keadaan pandemik COVID-19, pengajaran guru secara dalam
talian memerlukan guru menggunakan aplikasi teknologi yang memudahkan guru untuk
menggunakannya ketika mengajar. Hal ini sejajar dengan kajian Ting dan Azlina Abdul Aziz
(2021) yang mendapati guru lebih kerap menggunakan WhatsApp berbanding aplikasi lain
ketika mengajar disebabkan mudah menyampaikan pengajaran. Dapatan ini membuktikan
PPM perlu mudah diguna kerana jika guru beranggapan PPM seperti GC mudah guru akan
kerap menggunakannya (Agarwal, Prasad, & Agarwal, 1999).
Faktor persepsi kebergunaan turut mempengaruhi penerimagunaan PPM. Kajian
Harjanto dan Sumarni (2019) mendapati guru menganggap GC berguna untuk aktiviti
pengajaran seperti memberi tugasan, pengajaran secara bersemuka secara maya,
pengajaran dalam GC fleksibel apabila boleh digunakan dalam gajet seperti telefon. Oleh itu,
pihak KPM dan pembekal PPM perlu memastikan PPM sentiasa dikemas kini dengan
pelbagai kemudahan untuk guru-guru tertarik menggunakannya. Hasil kajian ini seiring
dengan kajian yang dilakukan oleh Maheran Zakaria et al., (2021) apabila kebanyakan
pensyarah beranggapan GC berguna dalam pengajaran kerana pelbagai kemudahan yang
dibekalkan dalam GC tersebut.
Faktor terakhir penting dalam memastikan penerimaan PPM dalam kalangan guru
ialah faktor sikap. Pelbagai masalah ketika mengajar secara maya dihadapi oleh guru seperti
masalah murid tidak mempunyai kemudahan Internet dan tiadanya gajet untuk belajar namun
jika guru mempunyai minat dan sikap yang positif masalah ini sudah pasti ada
penyelesaiannya. Hal ini disokong melalui kajian Ching dan Jamaludin Badusah (2010), yang
mendapati guru Bahasa Melayu mempunyai sikap positif terhadap penggunaan teknologi.
Sikap positif ini memudahkan penerimaan PPM melalui kajian yang dilakukan oleh Noor Lela
Ahmad et al. (2021) terhadap penerimaan PPM Frog.
KESIMPULAN DAN SYOR KAJIAN
Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid-murid terutama ketika
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). PPM seperti Google Classroom disediakan
oleh KPM mempunyai banyak keistimewaan yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa
Melayu ketika mengajar. Namun sejauh manakah guru-guru Bahasa Melayu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 236

