Page 393 - e Prosiding Serai 2021
P. 393

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Akses yang mudah untuk mengikuti latihan
               PK4, PK5 dan PK6 menyatakan, normal baharu menjadikan banyak kursus/bengkel/latihan

               dibuat secara atas talian dan membolehkan mereka mengikuti rakaman semula sekiranya
               mereka ingin mendapatkan ilmu daripada kursus-kursus yang diadakan.


               Penawaran pelbagai kursus PPB dalam talian yang banyak.
               Semua PK bersetuju, banyak kursus-kursus  dijalankan dan ditawarkan secara dalam talian

               sama ada di sediakan oleh IPG sendiri ataupun daripada pihak luar.

               Peningkatan ilmu pengetahuan, kesedaran dan kemahiran

               Semua  PK  bersependapat  bahawa,  kursus-kursus  yang  diikuti  dapat  meningkatkan
               pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu perkara terutama mengenai PdP.


               Penjimatan kos
               Semua  peserta  kajian  bersependapat  bahawa  Program  Pembangunan  Profesionalisme

               semasa pandemik menggunakan kos yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

               Kelemahan

               Terlalu banyak  program yang perlu dihadiri
               Penawaran kursus latihan yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme berterusan
               pensyarah yang banyak dan berlaku pertindanan arahan untuk hadir.


               Hilang fokus

               Program  yang  banyak  dan  bertindan  kadangkala  menyebabkan  pensyarah  hilang  fokus
               kepada matlamat sebenar program pembangunan berterusan yang disertainya.
               Peluang

               Semua  peserta  kajian  bersetuju,  ketika  era  pandemik  Covid-19  dengan  amalan  normal
               baharu, peluang untuk mengikuti latihan secara dalam talian sangat mudah dan boleh memilih

               untuk mengikutinya mengikut kesesuaian.

               Ancaman
               Semua  peserta  kajian  memberi  pandangan  bahawa,  aktiviti  yang  dirancang  menghadapi

               risiko pembatalan  ataupun  kekangan masa lantaran tugasan yang banyak dan bertindan
               disamping mengendalikan PdP secara dalam talian.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                375
   388   389   390   391   392   393   394   395   396   397   398